Wednesday 19 August 2009

Generation Next couldn't cope with Past Generation

18 Ogos UBD: Pada malam ini pasukan kroniz bertandang ke padang UBD bagi perlawanan menentang pensyarah-pensyarah Generation Next UBD. Cuaca angin malam yang redup dan tenang telah memberikan semangat luar biasa kepada kroniz, mungkin disebabkan inilah perlawanan terakhir sebelum kroniz berehat pada bulan Ramadhdan and awal Shawal. Kroniz di awal perlawanan di kejutkan oleh pemain-pemain UBD yang pantas dan agak keras permainan mereka. Kroniz cuba mengimbangi kehebatan pemain UBD tapi dengan kepantasan yang agak terhad, hanya size badan dapat digunakan bagi menghalang larian pantas pemain UBD. Teknik yang digunakan telah menyebabkan permainan agak panas dan serang-menyerang kerap dilakukan.

Pada minit ke 15 hasil hantaran memecah pertahanan Arch telah dapat menewaskan perangkap offside dan bejaya menjaringkan gol pertama. Gol itu telah meningkatkan aksi pemain UBD sehingga menyebabkan kekerasan demi kekerasan dilakukan dan akhirnya salah seorang pemain kroniz terpaksa dikeluarkan bagi mengawal keadaan sebelum pertumpahan darah berlaku. Syukur pemain ini telah matang kalau tidak mungkin kisah di SM RIPAS kembali semula. Pasukan UBD berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 30 dan pada kedudukan itu kekal hingga pada waktu rehat.

Pada separuh masa kedua pasukan kroniz menukar beberapa orang pemain dan menyusun strategi menguatkan bahagian pertahanan dan memperkukuhkan bahagian serangan. Perlawanan terus seimbang dengan berbalas-balas serangan namun kawalan bahagian tengah dan pertahanan kroniz berjaya menyerap segala serangan UBD. Kegagalan UBD menembusi pertahanan kroniz yang diketuai oleh Nizam telah menyebabkan UBD patah hati dan kesempatan ini digunakan oleh kroniz. Bermula dengan gol kedua kroniz hasil tandukkan kencang Shafie kroniz bertambahan yakin dan mantap dan terus mengatur serangan demi serangan. Gol ketiga dihasilkan tandukan tidak senghaja Arch hasil hantaran lintang yang deras Gnoh. Setelah ketinggalan tiga gol UBD terus longlai dan gagal mengemaskan pemainan mereka.

Salah seorang pemain kroniz, Kucang yang cuba bermain keras bagi mengawal keadaan telah mengalami kecederaan dan terpaksa berehat selama sebulan. Gol kempat dijaringkan oleh Alinordi yang membuat larian solo dari tengah padang. Arch berjaya menjaringkan gol hatrik pada minit 76 menjadikan kedudukan 5-1. Gol terakhir kroniz dijaringkan oleh metusin yang berjaya menewskan penjaga gol hasil tendangan dari jarak jauh kira-kira 30 dapa. Keputusan akhir perlawanan 6-1 adalah bukanlah kemenangan yang mudah dicapai kerana generation next telah memberi tentangan yang hebat namum pemain-pemain past generation kroniz yang lebih matang dan perasaan masih muda telah menghasilkan satu keputusan yang tidak disangka.

Kepada semua pemian kroniz, penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga dapat beramal dengan beriman di bulan yang mulia ini. Sekian.

1 comment:

kroniz said...

Lapar eh kroniz malam atu.. apa sebabnya ah? kali sal ia game terakhir sebleum puasa kah? mau di kaji tu, atau sebab banyak game sebelum ani..