Sunday 16 August 2009

Hujan lebat iringi kehampaan kroniz

16hb Ogos JKR: Kroniz hari ini bertemu Pasukan Kg Tungku dalam perlawanan yang hebat di padang JKR. Pada kali kedua nya kroniz memulakan perlawanan dengan sembilan pemain.Oleh kerana pemain tidak cukup kroniz bermain lebih berhati hati dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkukuhkan pertahan dan hanya membuat serangan hendap saja. Teknik itu berhasil apabila alinordi berjaya menewaskan perangkap offside Kg Tungku membuat rembatan mencecah jaring gol. Dengan ketinggalan satu gol Kg Tungku mula mempertingkatkan permainan dan berjaya menjaringkan dua gol. Pada separuh masa pertama kroniz ketinggalan 1-2.

Di separuh masa kedua, walaupun ketinggalan 1-2 kroniz tidak berputus asa dan terus mangatur serangan demi serangan namun semua usaha bagi menjaringkan gol penyamaan tidak kesampaian. Awan mula terbuka dan hujan lebat mengiringi kroniz kerana seolah-olah bersedih kerana kegagalan kroniz menjaringkan gol. Bermain didalam hujan lebat menyukarkan lagi usaha kroniz sehingga pengadil perlawanan menamatkan perlawanan awal bagi keselamatan pemian-pemain. Keputusan akhir kroniz 1 - Kg Tungku 2.

No comments: