Friday 14 August 2009

Football Federation Brunei Darussalam gugurkan Kroniz FC

13 Ogos Menglait : Football Federation Brunei Darussalam (FFBD) telah menjemput kroniz untuk perlawanan bola. FFBD yang dibarisi oleh bekas pemian-pemian kebangsaan telah menunjukkan satu permainan yang hebat. Walaupun ramai diantara mereka telah dimamah usia namum rata-rata kaki mereka lebih kurus berbanding dengan pemain-pemain kroniz. Ketahanan fizikal dan stamina pemain-pemain FFBD juga mengegarkan kroniz. Perlawanan pada petang itu menyaksikan kedatangan pemain kroniz mendukacitakan kerana hanya lapan pemain yang bermain bila wisel dimulakan. Beberapa perkara ganjil juga berlaku pada perlawanan itu mula-mula lagu 'angin malam' telah berkumandang ditengah padang, kedua apabila salah seorang pemain telah dijatuhkan oleh mahluk halus bukan sekali tapi dua kali dan ketiga gnal telah menjaringkan gol sendiri 'top corner' yang cantik walaupun selama ini tidak pernah menjaringkan gol sendiri.

Namum, walaupun tidak mempunyai cukup pemain kroniz menggunakan tektik bertahan dn hanya membuat serangan hendap dan cepat ke kubu lawan. Teknik ini telah menghasilkan dua gol melalui alinordi dan azrin. Setelah mendahului dua gol FFBD mula mengatur langkah bijak dan merabakkan pertahanan kroniz, bermula dengan gol sendiri, FFBD berjaya manjaringkan dua gol lagi. Pada separuh masa pertama kedudukan kroniz ketinggalan 2-3.

Bermula separuh masa kedua, dengan pemain yang mencukupi,kroniz mula bangkit semula dan berjaya menyamakan kedudukan 3-3 melalui awang dan pada minit 63 berjaya mendahului FFBD 3- 4 melalui larian alinordi. Disinilah kesilapan-demi kesilapan mula dilakukan oleh kroniz dan dengan tulang empat kerat dan kuderat yang ada, kroniz sedaya upaya mengimbangi perlawanan, waima FFBD berjaya menjaringkan empat gol lagi menjadikan kedudukan akhir FFBD 7- kroniz 4. Tahniah diucapkan kepada badan induk bolasepak negara FFBD kerana berjaya menamatkan kemenangan tiga game berturut-turut kroniz.

No comments: