Wednesday 12 August 2009

Bahagian Pakar Hospital RIPAS siap siaga menentang kroniz

Pada 1ohb Ogos di padang Menglait menyaksi kehebatan pakar Hospital RIPAS bermain bola. Ripas telah menggunakan baju oren sehingga memaksa kroniz menggunakan baju lama berwarna kuning. Beberapa orang pemain telah mengadu bahawa baju mereka sempit setelah lama tidak digunakan. Baju yang sempit bukan nya masalah berat badan meningkat tetapi adalah disebabkan mengecut kerana lama tidak digunakan wallahualam.... Berbalik pada perlawanan petang itu kroniz dikejutkan dengan kehadiran hampir semua pemain RIPAS telah hadir pada 4.30ptg membuat warming up walaupun cuaca panas dan kering sedangkan pemain kroniz baru keluar pejabat. Kehebatan semangat Ripas telah menyaksikan Ripas berjaya menjaringkan gol awal di minit kedua sewaktu pemain pertahanan masih lagi memikirkan dimana kan minum. Tersentak dengan gol itu kroniz mula menyusun posisi dan berjaya menangkis serangan demi serangan Ripas. Barisan hadapan pula menghadapi masalah menembusi pertahanan kental Ripas. keadaan panas, kering dan berjerebu psi 78 tidak dapat mencergaskan psukan kroniz. Pada separuh masa pertama kroniz ketinggalan 0-1.

Diseparuh masa kedua kroniz menyusun strategi dan tektikal 4-1-2-3 menyaksi kebangkitan kroniz. Bermula dengan larian solo awang setelah menewaskan perangkap offside dan mengelicek penjaga gol di berjaya menjaringkan gol mudah. Ripas terus mengasak kubu kroniz namun pertahan kroniz bisa menyerap segalanya. Leka dangan menyerang kubu kroniz sekali lagi kroniz membuat serangan hendap dan mengejut dan menjaringkan gol kedua melalui tendangan cantik pemain pertahan Shafie. Ini lah gol kedua berturut yang dijaringkannya memungkinkan dia akan dijadikan striker di perlawanan akan datang. Gol ketiga kroniz dijaringkan oleh salah seorang pemain understudy kroniz heza. Tidak berputus asa Ripas terus mengasak kubu kroniz. Kroniz mengambil keputusan bertahan pada selebih masa perlawanan namun Ripas berjaya merapatkan jurang menjadikan kedudukan 2-3. Gol itu menaikan semangat Ripas dan terus mengasak dan mengasak dan mengasak (itulah gambaran yang dapat diberikan pada masa itu) Bagaimana pun kroniz berjaya menangkis dan menangkis dan menangkis serangan Ripas. Begitulah hebatnya perlawanan pada masa itu. Berkat kesabaran akhirnya azan berkumandang dan menamatkan perlawanan. keputusan akhir Kroniz 3-Ripas 2. Ini lah pertama kalinya minuman habis menunjukkan betapa dahaganya pemain kroniz kerana kehebatan mereka.

No comments: