Friday 26 December 2008

Pemain Import Kroniz FC

Diberitakan pemain di bawah ini berminat untuk bermain dengan kelab kroniz pada tahun 2040. Pemain FIFA 2008 ini semasa berbincang dengan pro team kroniz telah bersetuju dengan tawaran yang di buat. Namun pro team telah menetapkan beberapa syarat khas bagi pemain tersebut meyarung jersi kroniz. pemain ini hanya akan bermain dengan kroniz sekiranya prestasi pemain ini memuaskan hati pro team semasa ujian yang akan dijalankan nanti. Kontrak dan pembayaran hanya akan dibayar mengikut prestasi dan gol yang dijaringkan. pro team kini sedang mengumpul dana melalui sms bagi membeli tiket kapal laut mendatangkan pemain tersebut ke Brunei.  pro team juga memaklumkan bahawa beberapa orang lagi pemain ternama telah pun bersetuju untuk bermain dengan kroniz sebagai squad pelapis dan seteruskan mengantikan pemain yang sedia ada di masa akan datang. Sekian

Kroniz FC Vs RBA

Isu daftar mendaftar tidak menjejaskan kelab kroniz, ini telah di sahkan oleh salah seorang wakil dari pengurusan team ini dalam sidang akhbar majalah Bolamania. Untuk pengetahuan ramai, kesemua pemain kroniz telah pun berdaftar di Jabatan Imigresin dan Pendaftaran kebangsaan. Hal ini telah disahkan oleh Awg. Ahmaddin selaku wakil dari Jabatan tersebut.

Berbalik kepada perlawanan terakhir Kroniz, perlawanan menentang RBA begitu hebat. Walaupun ketinggalan 3-0, namun pemain-pemain kroniz dapat bangkit untuk menyaingi pasukan lawan, namun gagal untuk menjaringkan sebarang gol, cuma mampu menyaingi sahaja.

Pada separuh masa kedua pasukan kroniz menguasai permainan di dalam dan juga di luar padang. Namun kelebihan bermain ditempat sendiri memberikan bonus untuk RBA menjaringkan lagi satu gol dan sekaligus memenangi perlawanan tersebut.

Di luar waktu perlawanan salah seorang pemain kroniz telah di berikan hadiah bukan kerana mutu permainan atau pengurusan beliau. Hadiah penghargaan ini adalah bagi Kroniz 2 yang telah berjaya mengakhiri zaman bujang beliau setelah sekian lama ..............oh...tidak lupa diucapkan tahniah juga kepada kroniz 4 yang telah tamat pengajian beliau dan selamat kembali ke arena bolasepak kroniz.

Tahniah sekali lagi kepada kesemua pemain dan pihak pengurusan kroniz yang selama ini telah mampu bertahan selama 13 Tahun dan diharap pasukan ini akan terus kekal dan semakin bertambah, meningkat, maju, dan apa-apa yang positif lah.

Akhir kata selamat Tahun baru Hijrah dan tahun baru masehi.

Antara aksi-aksi menarik semasa warming up


Kroniz 4 mula beraksi dipadang tempatan


Kroniz 14 berkerja keras untuk kekal dalam kontrek Kroniz Fc


Arch terpaksa dijatuhkan oleh pemain berkasut kuning untuk mengawal kelincahan beliau


tendangan percuma Hairol nyaris menjaringkan cuma tersasar beberapa meter sahaja

Kroniz 18

Wednesday 24 December 2008

END OF YEAR GAME

SALAM

End of year game akan di adakan pada hari Jumaat, 26hb Disember 2008 bertempat di Padang RBA.

Kroniz FC akan berlawan dengan RBA Crew FC.

Perlawanan ini merupakan perlawanan penutup bagi Musim 2007/2008.

Musim baru 2009 insya Allah akan bermula pada Januari 2009 tertakluk pada padang.

Di harap pemain pemain yang berada di dalam negeri supaya dapat hadir di perlawanan tersebut.

Sebelum nya harap maaf pada semua kerana tidak dapat merealisasikan End of Year Gathering yang pada mulanya di usulkan pada 20hb Disember yang lepas.Insya Allah jika tidak ada bantahan akan mengadakan gathering tersebut Januari 2009.Tarikh dan Tempat akan di bincangkan kemudian.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selama Hari Natal, Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi kepada semua.
Di doakan semua sihat walafiat dan di murah kan rezeki di tahun akan datang. Dan bagi Kroniz FC semoga terus maju dan sejahtera selalu.

Wassalam

Saturday 20 December 2008

Something crap

Who will win 100m freestyle between a swimmer with both arms short or a swimmer with one arm short and the other long?hmmmmm

posted by me

Friday 19 December 2008

Game lapas hari natal

Mengikut SMS yang telah dipasingkan oleh manager, satu perlawanan akan dijalankan pada 26hb December ini. 

Menurut peringatan saya oleh kerna SMS saya udah didelete mungkin akan berlawan di RBA...

so datang beramai sempena game Hari Boxing.. 

sekian disampaikan

KroniZ19

Hello..hello...hello

Masa ku type hello i can see the echo.., faham kah...meaning our blog tiba2 saja jadi sunyi. Where is everybody? Just to refresh your memory, sila lihat gambar di bawah ini.


Alhamdulillah kalau ada masih yang kenal apa benda dalam gambar di atas.

Masa cuti ani i think masing2 enjoy their cuti, ada yang vacation kali, ada yang nda cuti jua, ada yang tidur makan dan ada jua yang berjinak2 jinak dengan tasek lama. Anyway selamat bercuti dan menyambut tahun baru, kalau ada rancangan untuk akhir tahun silakan buat perancangan New year is coming soon , if nada masa pun we can celebrate belated new year ada kah tu pernah kena buat. So sapa2 ada cerita kan d share feel free to post di sini sekuarang-kurangnya mendengar jua khabar, sama ada still breathing or not, For me, im not taking any leave this month, SPN 21 is just around the corner, ready to Kick off iatah busy jua, kalau nda pun aku buat2 busy jua. Sapa2 ada perancangan post saja d sini, Insyallah kalau dapat dilaksanakan, kitani laksanakan. Bah atu tah saja kan d share, saja nda gatal hati meliat wah last post atu 1 dec bah.

Kroniz 18

Monday 1 December 2008

Keputusan perlawanan
Di antara Kronizfc 4 Vs Unit kenderaan MOE 3


Ulasan perlawanan.
Perlawanan ini dicemari oleh kesilapan demi kesilapan namun dengan kecekalan pemain kroniz kemenangan mutlak dicapai oleh kroniz. pasukan lawan berusaha untuk menyamakan kedudukan namun kehandalan tiang gol telah dapat menyelamatkan pasukan kroniz. Penjaring gol-gol kroniz ialah reza (2 gol), Alinordi (1) dab pehin (1). Pada separuh masa pertama pasukan kroniz telah mendahului 4-1 dan boleh lagi menambah gol namum kerana kasihankan pasukan lawan maka beberapa peluang gol disia-siakan. Pelawanan ini mengajar kita bahawa langit itu masih tinggi dan perlulah menjejak kaki di bumi. Sekian laporan dari Daan Forees cafe.







Di antara aksi hebat pemain kroniz semasa perlawanan........dlm sidang akhbar baru baru ini pemain ini menyatakan, dia perlukan masa yang panjang untuk pulih semula dari food shock syndrome, syndrome yg selalu menyerang pemain-pemain kroniz yang baru balik dari dipinjamkan ke pasukan luar Negara.
Aksi seorang pemain ahir datang....
Isu botol berselerakan masih menjadi isu utama.
seorang pemain membuat warming up semasa perlawanan hampir tamat.
Antara strategi perlawanan ialah meruding refree semasa rehat...

Sunday 30 November 2008

Kronizfc Vs Staff SMJA

Match Result: kronizfc 1 - SMJA 1
Tarikh:23 November 2008
Jam mula: Aaa .. kurang periksa,aku ahir sikit!!
Padang: SMJA - carpet kali ah..



Makluman: Kalaukan mencari cacing tuk umpan kail, arah lain saja,bukan di sini tampatnya!!



Di antara aksi-aksi hebat pada perlawanan lalu. SAKSIKAN!!!!








Selepas perlawanan ini terjadilah kes-kes kemayuran dan mata2 yg hangat di bincangkan di blog kroniz pada masa ini. Siapa2 ingin tau sila hubungi bebatup9 dan kroniz2.

Sekian.

Thursday 20 November 2008

Next Game

Kroniz FC next game

Date : 23rd November 2008
Day : Sunday
Venue : SMJA
Versus : SMJA FC


Note : We will be playing on artificial turf.

Erti nya : Baik tah pertingkatkan stamina masing2.Bola nya inda nyangkut2 lagi tu. Semuanya fast ball. Jadinya pemain pun mesti Fast Faster Fastest.....

Untuk pengetahuan, Tactical Manager pada masa ini di hantar untuk mengikuti kursus 'Haka' di New Zealand. Semoga dengan kepulangan nya nanti dapat mengajar pemain2 KronizFC melakukan ritual 'Haka' sebelum perlawanan yang mana akan menambah semangat2 pemain2.


OK tu?

Maju Kroniz FC.
Pantang Mundur sebelum bertempur.Bersedia sepanjang masa dan dimana jua didalam apa2 keadaan.


Kroniz FC YAKIN/BOLEH/BISA

Acting Manager.

Tuesday 11 November 2008

Kronizfc Lawan Perumahan


Pada ahad Lepas 9 November sekali lagi kronizfc beraksi di padang kebajikan untuk melayan pasukan dari perumahan. Perlawanan pada hari itu tidak menyebelahi pasukan kroniz walaupun pemain-pemain pasukan ini telah berusaha keras untuk meyakinkan diri mereka masing-masing yang mereka masih lagi mampu untuk berlari dengan pantas dan mampu menyaingi pemain-pemain muda tapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Kekalahan kepada pasukan perumahan ini tidak memberikan kesan yang negatif kepada beberapa pemain kroniz fc, malahan ianya menguatkan lagi semangat mereka berlatih dan menaikan tahap kecergasan masing-masing, ini jelas terbukti di perlawanan lepas apabila beberapa pemain kroniz fc kelihatan berjalan mengelilingi padang RBA sebagai salah satu latihan asas bagi meningkatkan tahap stamina, mungkin di masa-masa akan datang mereka akan mula berlari-lari anak dan seterusnya berlari secara pecut.


Kaki siapakah ini?


Pemain lawan cuba melepaskan diri dari kroniz 18
Kroniz 30 cuba membuat hantaran jauh
Salah satu gambar yang menyerupai aksi liga perdana


Apa ni kau gambar ani?




Penjaga gol kroniz, poo-poo di tengah padang

Walaupun kalah namun pemain kroniz masih mampu tersenyum


Kroniz Fc Lawan CFBT

Keputusan 1 - 1, Gol Kroniz di jaringkan oleh Haseno, sepupu kepada Asimo manakala gol lawan di jaringkan oleh Cahill. Maaf gambar nya masih belum tecari di mana ku meupload. Nanti ku update.

Raya Di rumah Kroniz 18

Di paparkan beberapa gambar-gambar menarik sewaktu raya di kroniz 18. Maaf, penyiaran gambar terpaksa melalui beberapa prosedur keselamatan supaya tidak melanggar sebarang peraturan keselamatan mau pun etika, yang telah termaktub dalam perlembagaan kroniz











Saturday 8 November 2008

KRONIZ FC & FAMILY END OF YEAR DINNER GATHERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kroniz FC merencanakan untuk mengadakan End of Year Dinner Gathering bulan December. Usulan telah di buat untuk mengadakan pada malam minggu, 20hb December 2008.
Tempat belum dapat lagi di kenal pasti.

Di minta semua untuk menyumbangkan buah fikiran mengenai dengan tempat untuk mengadakan perhimpunan tersebut dan juga aktiviti2 yang akan di adakan.

Pembayaran tergantung pada tempat dan makanan yang akan di sajikan.

Sekian untuk semua sama2 mempertimbangkan dan memikirkan.

Wassalam.

Tuesday 4 November 2008

Game on 6/11/08

Duka cita di maklumkan game on 6 November adalah dengan ini diteruskan juga walaupun saya sibuk bertugas ketika itu. I will join masa post match mtg. Selepas balik dari kontroversi F1, ke US election & UK - Champion Lg, saya sibuk dgn tugas2 lain.
Pemain-pemain diharap jgn mental, kerana lawan tani mostly putih2 dan ada masaalah budi & bahasa.

Adalah diharapkan pemain2 yg involve perlawanan antara zon2 akan dpat hadir..

Good Luck
..

Bebatup 9

Sunday 2 November 2008

KRONIZ NEXT GAME

6/11/2008 (Thursday)
Padang RBA
Kick Off 1630hrs (Maghrib awal kali ah)
Lawan Org Putih FC


9/11/2008 (Sunday)
Padang Kebajikan
Kick off 1630hrs
Lwn Perumahan

Di minta kerjasama semua pemain supaya dapat menghadirkan diri lebih awal.Kepada pemain2 yang bekerja di sebelah petang pada hari khamis supaya dapat memohon keluar dari ketua masing2.Sila ajukan permohonan dengan salinan jadual ini.

Kedua2 perlawanan ini amat penting kerana ini akan di jadikan benchmark bagi kronizfc dalam menentukan tim yang akan di lawan di masa akan datang.

Pemain2 di sarankan untuk mempertingkatkan lagi stamina dan skill masing2. Ini akan mempermudahkan lagi Tactical Manager untuk mengatur dan menyusun strategi pasukan. Semoga dengan adanya Tactical Manager yang baru pulang berkursus dari UK ini dapat menaikkan lagi tahap permainan KronizFC ketahap yang sama dengan Team2 yang Top di British Premier League dan dengan sendirinya menjadikan KronizFC wakil Pasukan bolasepak kebangsaan untuk bersaing di Asian Cup.

Post game gathering bagi kedua2 perlawanan akan di adakan di restoran ayam masala........

Friday 24 October 2008

Kroniz Family Raya Gathering

Venue : NO 4 Spg 305-13 Kg Tungku
Time : dari kul 6 sampai habis makanan.
Date: 25 October 2008, Sabtu
Apa-apa masalah loacation, sila hubungi 8733246.

Raya Game

Pada suatu malam yang indah minggu lepas aku duduk menonton TV. Rancangan astro amat membosankan, lalu aku pun menswitch on komputer riba ku dan mengupload gambar dari kamera kesayangan ku. Bermacam-macam aksi bintang ku lihat di dalam gambar yang ku ambil petang tadi. Semua pemain kelihatan seperti bintang dan bulan, yang banyak terlebih seperti bulan lah. lalu aku pun memulakan kerja ku mengupdate blog. semua gambar ku update termasuk gambar raya. Setelah siap aku pun tersenyum dan berpuas hati. Setelah seminggu aku pun masuk balik ke blog itu.......jeng..jeng ...alamak mana tah gamabr ku upload ari atu...oh baru aku sedar..rupanya aku bermimipi mengupload gambar pada minggu lepas..heheh jgn marah.....maka dgn ini saya upload lah semula hari ini...
Permainan petang itu d taja oleh mineral water ini

Perlawanan hebat kroniz ketinggalan 3-2 pada separuh masa pertama
Penjaring di separuh masa pertama gol kedua...Gol pertama dari Aming sebelah kanan..yg sebelah kiri tu menumpang happy saja...


Kehadiran pemain re import NO 10....memberi Sedikit nafas baru..

Bukti pemain kroniz bermain bersungguh-sungguh

Namun bola itu bulat walaupun ketinggalan...
Arch ...mengembalikan kehebatan Kroniz dgn menjaringkan dua gol

Penonton berpuas hati dgn keputusan Seri 4-4

Ini dia pemain re-import sama2 lah kita saksikan apa yg dapat beliau buat selain mengurangkan berat badan

Tuesday 21 October 2008

Assalamualaikum Kepada team kroniz
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Thank you Ku Chang for the usename and password

Kroniz 13