Wednesday 12 August 2009

Kroniz musnahkan impian JPK

Menyusul kemenangan yang tidak diduga keatas RBA Reject kroniz turun kepadang menentang JPK pada 7hb Ogos. Seperti lazimnya JPK menurunkan beberapa pemain import termasuk salah seorang bintang lama kroniz. JPK telah menunjukan aksi yang hebat dan berjaya mengawal barisan hadapan kroniz. Kehebatan JPK telah membuahkan hasil apabila mendahului kroniz 1-0 hasil tendangan kencang pemain JPK. Walaupun ketinggalan kroniz tidak berputus asa dan melancarkan beberapa serangan berbahaya. Namun ketumpulan barisan hadapan menjaringkan gol telah menyaksikan barisan pertahanan menyahut cabaran dan menunjukkan barisan hadapan bagaimana menjaringkan gol. Dari salah satu tendangan sudut pada minit 37 bola yang singgah di kaki Rosli telah ditendang leret lalu menerjah jaring lawan. Ini adalah gol nya yang pertama setelah empat tahun. Perasaan gembira tidak terhingga sehingga dia merayakan seolah-olah mendapat sampul hijau di hari raya. Kedudukan bertahan 1-1 disepruh masa pertama.

Sebaik saja permainan bermula kroniz mengekalkan permainan mereka dan dapat menjaringkan gol kedua melalui salah seorang lagi permainan pertahanan bernama Shafie. Mungkin hari ini hari pertahanan menjaringkan gol. Tercabar dengan kehandalan pemain pertahanan menjaringkan gol baru lah bahagian serang dapat menjaringkan gol melalui alinordi. keputusan akhir Kroniz 3 JPK 1.

No comments: