Saturday 10 October 2009

Masa depan bolasepak negara cerah









Gambar-gambar semasa perlawanan:


9hb Oct Bolkiah: Selamat Hari raya..... kepada semua pemain kroniz. Setelah berehat selama enam minggu kroniz memulakan perlawanan bolasepak menentang pasukan Mindef pejabat SUT di padang Bolkiah. Kemelut bolasepak yang melanda negara pada masa ini tidak mematahkan semangat kroniz untuk berjuang memeriahkan bolasepak negara. Walaupun pasukan negara diharamkan untuk bertanding di luar negara oleh FIFA pada jangka waktu yang tidak diketahui namun bolasepak tempatan masih lagi mariah. Kroniz telah menggunakan kesempatan ini untuk memperkukuhkan pasukan dengan bermain didalam negeri walaupun selama ini pun tidak pernah main diluar negara. Ini lah peluang Brunei memperkukuhkan persada bolasepak tempatan tanpa ada ganguan dari pertandingan luar negara.

Pada petang ini pasukan kroniz memulakan perlawanan dengan lembab kerana terlalu banyak makan kueh mor dan tapak kuda. Walaupun menguasai perlawanan namun pasukan kroniz gagal menembusi kubu pasukan mindef walaupun berjaya membuat beberapa percubaan dengan kasut baru. Pasukan mindef menurunkan pemain generasi baru dan telah menunjukkan pemainan yang hebat. Mindef telah barjaya mendahului pasukan kroniz 1 -0 pada separuh masa pertama hasil tendangan leret menewaskan penjaga gol yang baru balik bertapa di london selama setahun.

Separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan membuat beberapa pertukaran kerana sebahagian pemain masih lagi kekurangan tenaga kerana terlalu beraya sakan tanpa adanya latihan bagi memfitkan badan. Pasukan kroniz telah berjaya mengatur strategi bagi mengucar-kacirkan pertahanan mindef dengan larian-larian pantas kiri dan kanan padang. kroniz berjaya menyamakan kedudukan hasil larian dan tendangan lintang yang leret alinordi disambar oleh pemain mindef menyebabkan bola masuk ke gol sendiri. Gol kedua kroniz menjelma beberapa minit kemudian hasil tandukan Pg Yusof (Aki). Pasukan mindef tidak berutus asa dan terus mengasak kubu kroniz menghasilkan gol kedua mengikat kedudukan 2-2. Hasil dari gol tersebut kroniz mula mengatur startegi bagi merobohkan pertahanan mindef dan ini terhasil dengan kecemerlangan Pg Yusof yang telah menjaringkan dua lagi gol-gol yang cantik menjadikan kedudukan 4-2. Hattrik yang dijaring Pg Yusof telah menceriakan sambutan raya kroniz pada tahun ini dengan kemenangan yang bergaya pada perlawanan pertamanya selepas raya. Keputusan akhir perlawanan kroniz 4 - 2 Mindef pejabat SUT. Sekian Karamsinghwalia TV3 melaporkan bagaikan "harapkan pagar pagar makan padi". Apakan........




1 comment:

仔仔 said...
This comment has been removed by a blog administrator.