Monday 29 June 2009

Agi idup agi ngalaban

K13 Jaringkan gol pertama merapatkan jurang gol kroniz

K28 Hilangkan kemaluan kroniz setelah berjaya menyamakan kedudukan

K18 - tak ada membuat jaringan - Gambar hiasan sahaja

Satu lagi gambar hiasan semata-mata

K17 kehilangan sengat setelah lama tak beraksi di padang


Pepatah asal keturunan orang di pulau Borneo di zaman purba. Bagi yang inda tau bahasa ini ertinya selagi hidup selagi itulah kita berusaha. Kata kata ini tidak ada kena mengena dengan wabak H1N1 namum pasukan kroniz telah mula mengamalkan SOP pasukan ini bagi mengawal wbak ini. Pada hari ini pasukan kroniz telah bertandang ke daerah tutong ke komplex sukan tutong menentang pasukan veteran Pasaka. Pasukan ini terdiri dari pemain-pemain veteran pesaka yang pernah mengerunkan pasukan lawan pada satu masa dahulu. Walaupun pasukan ini terdiri dari pemain veteran tetapi permainan mereka kemas dengan hantaran-hantaran yang tepat. Pasukan Pesaka telah mengawal pemainan dari awal dan cuaca panas telah melemahkan pasukan kroniz. Pasukan pesaka telah mendahului kroniz dengan 1-0 pada separuh masa pertama.

Walaupun kroniz cuba bangkit namum percubaan-percubaan kroniz terkena palang dan tiang. Beberapa peluang depan gol juga kurang dapat dimanafaatkan dan kegagalan menjaringkan gol telah menyebabkan kroniz hilang tumpuan dan hala tuju. Pesaka pula lebih kemas permainan mereka dan dapat menjaringkan gol kedua. Disaat saat pasukan kroniz putus harapan kerana mengrib telah hampir, tidak semena-mena pasukan kroniz telah menjaringkan gol melalui tendangan leret yang deras lagi laju mencecah jaring lawan dicipta oleh Micey. Gol kedua menyusul kemudian disaat-saat akhir perlawanan menerusi Azrin yang tidak berputus asa mengasak gol lawan. Keputusan diakhir perlawanan berkesudahan 2-2. Itu lah kroniz selagi masa perlawanan belum tamat selagi itu mereka berusaha.

Postmortem perlawanan diadakan di salah sebuah restaurant baru di bandar tutong yang menghidangkan berbagai-bagai jenis makanan yang menyukarkan dan melambatkan pemain-pemain membuat pilihan samalah seperti bermain di padang,
Sekian

No comments: