Friday 19 June 2009

Hanya kroniz mampu tewaskan kroniz

Itu lah yang terjadi petang tadi. Perlawanan petang ini menyaksikan kroniz bertemu dengan THG. Ramai pemain kroniz yang turun ke padang mungkin kerana mengelakkan dari dijangkiti wabak HINI dengan tidak ke luar negara. Namum pasukan lawan hanya tujuh orang yang hadir. Oleh kerana ketidak cukupan pemain, pasukan kroniz telah meminjamkan beberapa orang kroniz bagi mengimbangi perlawanan. Apa yang mengejutkan kroniz ialah pemain-pemain yang dipinjam telah bermain dengan cemerlang dengan mengatur beberapa serangan yang menkucar-kacirkan pertahanan kroniz. Mereka seolah-olah ingin membuktikan kehebatan mereka kerana sering di simpan sebagai pemain simpanan. Inilah peluang mereka menunjukkan kehebatan mereka. Dari satu tendangan sudut Aripin (salah seorang pemain kroniz yang dipinjam) yang memakai baju agak sempit telah berjaya membuat rembatan yang kencang menewaskan penjaga gol kroniz. Dengan gol tersebut pasukan THG telah mendahului 1-0.

Pada separuh masa kedua permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan agak berhati-hati dan kroniz sukar menembusi pertahanan lawan. Perlawanan pada petang ini telah dimenangi oleh pasukan THG dengan jaring 1-0. Seperti yang selalu dikatakan hanya kroniz bisa mengalahkan kroniz. Jaringan Aripin (pemain legenda kroniz) telah membukti kenyataan itu.
Kroniz fc juga ini mengucapkan tahniah kepada DPMM FC kerana telah menjadi pasukan luar pertama yang memenangi Singapore league Cup 2009. Di harap kejayaan tersebut akan membangkitkan semangat gegar-gegar bagi memenangi perlawanan seterusnya. Kroniz fc pula akan terus menyemarakkan bolasepak tanahair dengan mengadakan lebih banyak perlawanan yang hebat-hebat. Hip-Hip Horay...3x (sorakan stail lama). Sekian

No comments: