Wednesday 1 July 2009

NEXT GAME

Game pertama pada bulan julai ani akan di adakan pada petang hari Jumaat, 3hb Julai bertempat d padang Maktab Duli.

Oleh kerana kecemerlangan pemain kronizfc menentang DPMM Management pada bulan lepas, pihak DPMM Management tidak berpuas hati kerana tidak dapat membelasah dan gawang mereka dapat di bolosi oleh penyerang2 kronizfc yang bekaliber dan ingin perlawanan ulangan. Pihak DPMM Mngmnt akan menurunkan pemain pemain tunggak dan handalan mereka dengan harapan dapat mengatasi kronizfc dengan gol yang bebakul-bakul tanpa di bolosi.

Perlawanan ulang ini di jangka akan di adakan pada hari selasa, 7hb julai di sebelah malam bertempat di Mini Stadium Jerudong. Perlawanan akan bermula pada jam 8 malam.

Di minta semua pemain2 kronizfc dapat mempersiapkan diri sebelum perlawanan ini dan dapat hadir kepadang sebelum 7.45 mlm hari tersebut kerana di takuti kehadiran tetamu kehormat bersama penonton-penonton yang akan berebut2 untuk menyaksikan perlawanan yang berprestij dan bertaraf antarabangsa ini.

Sekian untuk makluman bersama.

Maju Sukan untuk Negara

No comments: