Sunday 14 June 2009

Kroniz diganasi oleh DPMM Mgt

K18 di datangi Aura di akhir perlawanan!!!

K10 cuba menganas tpi percobaan2 beliau di tepis dgn selesa.
Klu bukan DPMM Mx. pasti usaha beliau bebalui!!.

Aksi2 hebat pemain2 kroniz.
Bebatup9 tidak bermain pada mlm itu bagi
memulih dan mengumpul tenaga bagi pekara lain.


Spiderman terpaksa menjaga 2 pintu gol, psal atu tah banyak
jaringan pada malam atu.
K18 membuat latihan2 tandangan silang tpi sayang tidak
kesampaian di aplikasikan!!

K13 di bilik persalinan club kroniz

Pemain kroniz membincangkan corak permainan yang akan digunakan

Bergambar ramai sebelum perlawanan untuk menambahkan tahap konfiden

Dari belakang pemain kroniz kelihatan tak tumpah seperti skuad piala dunia Belanda

Begitu ceria 4 rangkaian pemain Legenda Kroniz, kerana belum mengetahui sekuat mana team yang di lawan mereka


Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Bagaikan cerita filem P.Ramlee 'Tiga Abdul' kroniz telah diganasi oleh Dpmm mgt walaupun pada perlawanan sebelumnya kroniz telah menganasi pasukan mindef staff HQ. Itu lah balasan bila kroniz menganasi pasukan lain, dunia ini hanyalah roda sekejap diatas dan sekejap dibawah sentiasa berputar . Dpmm fc yang baru melayakan diri keseparuh akhir league cup singapura sehari sebelum telah membuktikan kekuatan mereka sehinggalah ke pasukan management mereka. Perlawanan pada malam sabtu 13 hb June telah mengajar kroniz banyak perkara: 1. Pemain tidak biasa main bola pada waktu malam. 2. Pemain tidak biasa main padang rata seperti di stadium jerudong. 3. Pemain tidak biasa bermain full time iaitu 1jam 30minit. 4. Pemain tidak biasa adanya pengadil dan penolong2 pengadil 5. Pemain-pemain sedar meraka sudah tidak secergas dahulu. 6. Ramai pemain-pemain masih merasa gemuruh bertemu pasukan handal seperti dpmm mgt. Walaupun bagai-bagai alasan diberikan yang nyata kroniz perlu sedar tinggi rendahnya langit dan bumi.

Perlawanan pada malam itu menyaksikan kroniz yang mula-mula menumpahkan darah apabila Aming membuat tendengan leret menewaskan penjaga gol dpmm. Selepas itu dpmm telah mula mengawal permainan mereka dan menjaringkan empat gol meninggalkan kroniz 4 -1 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua pemain-pemain legenda telah dimasukkan bagi mengawal bahagian tengah dan telah membuktikan kehebatan mereka sehingga kroniz berjaya menjaringkan dua gol melalui hj fendi. Gol pertamanya adalah melalui hantaran Arch ke leret dihadapan gol dapat di sambar oleh hj fendi dan yang kedua melalui penalti. Apakan daya setelah merapatkan jurang menjadikan 4 -3 pemain-pemain legenda mula pancit kerana kehandalan mereka hanya dapat bertahan selama 20 minit sahaja. Kelemahan ini telah digunakan sepenuhnya oleh dpmm dengan menjaringkan tiga gol lagi menjadikan kedudukan penuh kroniz diganasi dpmm mgt 7 -3.

Kekalahan yang agak besar ini tidak melemahkan semangat pemain-pemain kroniz kerana sambutan kekalahan telah dilakukan di KTM dan dihadari hampir semua pemain. Disinilah pemain-pemain menunjukkan kehandalan sebenarnya dengan menumbangkan makan-makan yng terhidang. Kroniz tetap bersemangat dan masih tidak sedarkan diri kerana ada cadangan bagi kroniz berlawan dengan QAF, AH united, Gunners dan pasukan-pasukan kuat yang lain bagi meningkatkan standard dan stamina pemainan kroniz. Sekian saja dapat dilapor dan Selamat bercuti sekolah. Bagi yang bercadang bercuti keluar negeri disarankan berhati-hati kerana wabak selsema babi telah diistiharkan ke tahap pendemik.

No comments: