Saturday 11 July 2009

Revenge of the Fallen

Seperti filem transformer itulah yang terjadi kepada kroniz apabila dipertemukan dengan DPMM MFT pada 10hb Julai di Stadium Jerudong. Sudah jatuh ditimpa tangga sudah kalah dikalahkan lagi. Mana tidaknya setelah kalah 8-3 pada perlawanan lalu perlawanan ulangan tidak jauh bezanya dengan kakalahan 7-2. Namun pada perlawanan itu sekali lagi kroniz mendahului DPMM MFT melalui tandukkan Arch yang berjaya menewaskan penjaga gol DPMM. Kroniz hanya dapat mempertahankan kedudukan selama 41.3 minit sebelum DPMM dapat menembusi pertahanan kroniz. Namun dengan pengalaman yang ada DPMM dapat menjaringkan 2 gol menjadikan kedudukan 2 -1 berpihak kepada DPMM.

Diseparuh masa kedua kroniz bangkit dengan larian solo Aliuddin yang dapat menebusi pertahanan DPMM bagi menyamakan kedudukan. Dengn kedudukn 2-2 DPMM mula mengatur serangan-serangan yang berbahaya sehingga dapat menewaskan pertahanan kroniz sebanyak lima kali lagi menjadikan kedudukan muktamat kroniz tewas lagi dengan jaringan besar 7-2.

Ketewasan itu tidak melemahkan pemain kroniz yang meraikan nya dengan minum dan makan di gerai JP yang sudah lama ditinggalkan. Di sini lah mulah MJ pernah mangadakan konsert free nya dulu dimana pemain-pemain kebanyakan nya belum lagi berakal. Namum setelah sekian lama belum ada perubahan yang ketara berlaku seolah-olah mereka masih muda belia dan lepak sampai 12.30pagi.

No comments: