Pada 23hb June pasukan kroniz telah di jemput bermain di Stadium HQ Polis Gadong menentang pasukan 4P (Pasukan Pegawai-Pegawai Polis). Pasukan ini terdiri dari pegawai-pegawai polis yang belum lagi bersara dari perkhidmatan. Ini bukan lah kali pertama kroniz bertemu pasukan ini kerana di perlawanan yang lalu kroniz telah mengecewakan pasukan ini dengan 4-3.
Sebelum perlawanan suasana telah gempar dengan makluman bahawa salah seorang pemain kroniz telah di kuarantin kerana di suspek membawa virus HINI setelah mengidap demam panas balik dari KL. Namun setelah dikuarantin selama lebih kurang lapan jam di dalam bilik yang kecil tanpa ada PC berinternet dan dibuat pemeriksan darah dll, akhirnya pemain ini di SAH kan negative dan dibenarkan pulang. Nama pemain terpaksa dirahsiakan kerana dikuatiri pemain-pemain lain akan berasa was-was menghampiri pemain ini. Stigma seseorang yang telah dijangkiti (walaupun suspek saja) memang sukar dihapuskan kerana babi sememangnya haram dan najis mughalazah memang sukar dibersihkan.
Iktibar dari kejadian ini pasukan kroniz telah menubuhkan satu task force bagi menasihati pemain-pemain dari dijangkiti. Beberapa SOP (bagi yang inda tau SOP ialah Standard Operating Procedure bukan nya sop ayam , daging dll...) telah dikeluarkan dan mesti dipatuhi oleh semua pemain kroniz. Antara SOP ialah:
1. Mandi dengan sabun dettol (tidak dibenarkan berkongsi) sebelum dan selepas main bola.
2. Tidak berjabat tangan dengan sesama sendiri atau orang lain sebelum dan selepas main bola.
3. Bila makan tidak dibenarkan berkongsi makanan dan minuman. (yang ni selalunya tidak mendatangkan masalah)
4. Sentiasa membawa sapu tangan atau wet tissue (sebaiknya yang ada antiseptik) semasa dan selepas main bola.
5. Jangan duduk berhampiran semasa minum dan memakai kasut (Jarak yang disyorkan ialah 1 meter)
6. Bila bercakap hendaklah memandang kearah lain ataupun menutup mulut.
7. Tidak dibenarkan 'body contact' semasa main bola sesama sendiri atau dengan pasukan lawan.
9. Mana2 pemain yang terasa deman dilarang datang kepadang kalau was-was sila dapatkan kebenaran dari medic kroniz. (Medic kroniz ada menyediakan penyukat panas badan)
8. Akhir sekali jangan lupa solat dan berdoa bagi menghidari wabak H1N1.
Arahan-arahan ini mungkin akan ditambah atau dikurangkan mengikut perkembangan semasa dan persidangan task force kroniz.
Sekian..
Ps... perlawanan menentang 4P berkesudahan dangan jaringan 3 - 3 dijaringkan oleh Asri (2) dan Bab. Lapuran perlawanan akan disediakan oleh wartawan lain bagi meghormati wartawan-wartawan yang tidak selalunya tidak sempat membuat laporan.
Ps lagi hehe aku saja buat....
Pelawanan menentang polis menyaksi pasukan kroniz menurunkan seorang pemain understudy yang berumur 14 tahun (skim bola di tutong) sebagai penjaga gol kerana spiderman kroniz mengelami kecederaan tulang empat kerat dan kuderat yang inda lagi mampu bermain sebagai penjaga gol. Penjaga gol muda kroniz itu telah bermain dengan baik namun masih mentah dari segi pengalaman. Beberapa kesilapan telah menyebabkan pasukan 4P berjaya menjaringkan tiga gol. kesilapan-kesilapan itu bukanlah sesuatu yang mengherankan kerana penjaga gol kroniz yang berpengalaman pun sentiasa membuat kesilapan yang serupa.
Pada separuh masa pertama kedudukan terikat 0-0. namun pada separuh masa kedua pasukan 4P telah bejaya mnembusi gawang kroniz. Kroniz yang tidak mudah gentar-gentar (kalau DPMM gegar-geger) mula menyusun stategi dan berjaya menjaringkan dua gol cantik hasil hantaran-hantaran yang membelah pertahanan lawan dan larian solo asri dan dengan tenang, konfiden, bijak dll berjaya menewaskan penjaga gol pasukan 4P.
Setelah mendahului 2-1 kroniz seperti biasa hilang tumpuan kerana pyan dan jamri mandi bagi persediaan mayaksikan DPMM menentang Geylang yang berkesudahan 3-0. Perlawanan hebat itu disaksikan oleh beberapa orang pemain kroniz yang sangat bersemangat menyokong DPMM. Gol-gol DPMM dijaringkan oleh Azwan, hamid dan Dogi. Gol pertama .... lapuran seterusnya sila baca sendiri di surat khabar.....
Oleh kerana hilang tumpuan pasukan 4p telah berjaya menjaringkan dua lagi gol menjadikan kedudukan 2 -3. Pasukan 4p telah hampir berjaya menghidu kemenangan namun pada minit-minit akhir perlawanan bab yang diamanahkan membuat tendangan percuma dari sebelah kiri padang (setelah gnal dijatuhkan dengan ganas dan rakusnya) berjaya membuat tendangan yang mengelirukan penjaga gol pasukan 4P. Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-3.
Sekian lagi sekali....