Sunday 31 May 2009

Spiderman selamatkan kroniz

Kroniz pada 3ohb mei telah berkunjung ke padang tiruan sm rimba menentang guru-guru sm rimba. Perlawanan pada hari itu menyaksikan kehebatan kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan. Di barisi pemain pemain pertahanan yang cangkir-cangkir kroniz sukar menembusi pertahanan pasukan lawan. Setiap serangan kroniz mudah di patahkan oleh pemain pertahanan sm rimba. Harapan kroniz untuk menembusi pasukan lawan hanyalah melalui hantaran-hantaran membelah pertahanan namum kekentalan pertahanan lawan sukar ditandangi oleh kroniz.

Pasukan sm rimba banyak mengatur serangan-serangan  membahaya namum kehebatan penjaga gol kroniz pada hari itu menjadi bualan hangat. Ini lah petama kalinya kroniz menurunkan penjaga gol yang hebat. Kalau bukan kerana kehebatan penjaga gol mungkin kroniz akan menerima kekelahan yang agak besar, sekurang-kurangnya penjaga gol telah menyelamatkan enam percubaan gol yang sangat membahaya. Dari hantaran-hantaran lintang sehingga kepada keadaan satu lawan satu penjaga gol berjaya menyelamatkan keadaan.  Penjaga gol kroniz yang hebat itu membuat beberapa dakapan yang sangat menyilukan dan membahayakan keselamatan peasukan lawan. Aksi penjaga gol tersebut tidak tumpah seperti Ali hj Ismail penjaga gol terkenal Brunei satu ketika dulu. Siapakan siperderman kroniz itu?? 

Spiderman kroniz itu ialah salah seorang pemain kroniz yang telah cedera dan tidak dapat membuat larian laju lagi namun kerana masih tidak sedarkan diri dan kerana nafsu pemain ini mau jua turun ke padang sebagai penjaga gol. Penjaga gol tetap kroniz Rosli terpaksa turun bermain sebagai pertahanan sepanjang perlawanan. Seorang lagi penjaga gol kroniz yang berada di UK mungkin tidak kan ada tempat sekiranya pemain ini meneruskan pemainan yang hebat. Namun apa-apa pun kita tunggu kehebatan penjaga gol ini dipermainan seterusnya. Pengurus pasukan kroniz terpaksa mengadakan persidangan tergempar selepas pelawanan di salah sebuah restoran di rimba bagi membincangkan isu terbaru ini. Hasilnya tidak dapat diputuskan kerana penjaga gol kroniz yang di UK tidak dapat datang bagi membela diri. Sehingga penjaga gol kroniz di UK pulang, spiderman kroniz akan tetap diberikan tugas menjaga gol kroniz dan penilaian akan dibuat dari masa ke semasa.

Oh pada perlawanan itu kroniz menang 2-0 hasil jaringan-jaringan alinordi. Kemenangan itu adalah disebabkan hebatan penjaga gol pemain cedera tidak sedarkan diri. Liatlah blog news yang lepas bagi mengetahui siapakan pemain ini kerana dia pernah menjaringkan gol kemenangan sebelum ini.

No comments: