Tuesday 26 May 2009

Pasukan Daerah BM gagal halang kroniz

Ayam Tambatan Pasukan Daerah BM Menjaringkan gol yang terpantas 9.4532 Saat selepas wisel bertiup


Pada hari ini sehari sebelum terima gaji (26/5) kroniz telah melayani cabaran untuk bertemu dengan pasukan Daerah BM di padang askar d Bolkiah kem. Kehadiran dan kelibat pemain-pemain daerah yang datang awal telah mengurunkan dan mendebarkan pemain-pemain kroniz. Pasukan daerah telah menurunkan pemain-pemain muda belia yang tinggi-tinggi dimana kakinya kurus-kurus. Kehadiran pasukan daerah seramai 18 orang telah menyebabkan kroniz melambatkan permainan kerana masih menunggu beberapa orang pemain lagi yang selalu akhir datang. Strategi melambatkan permainan dimulakan awal sebelum permainan bermula lagi.

Debaran itu menjadi kenyataan sebaik saja wisel pemainan dimulakan kerana dengan sepantas burung ostrich Dunga (pemain yang telah di ban bermain dengan mana mana kelab) telah melapaskan pertahanan kroniz yang kaku dan melepaskan tendangan kencang memcecah jaring lalu mendahului 1 - 0. Bermainlah difikiran pemain-pemain, kroniz mungkin akan dibelasah hari ini. Serangan bertalu-talu daerah bagaikan membenarkan kenyataan diatas. Dunga sewenang-wenangnya menembusi bentang pertahan kroniz walaupun berhempas pulas mempertahankan bentang.. Penjaga gol kroniz telah mengarahkan salah seorang pemain kroniz yang kurus untuk mengawal dunga. Namun apabila ditoleh kiri kanan tidak ada pemain midfield yang kurus-kurus maka dengan berat hati tugas tersebut diambil oleh K10. Tidak disangka dengan terkawalnya dunga oleh k10 (walaupun bagaikan pecah paru-paru), Daerah seperti hilang punca.
Kesempatan ini digunakan oleh kroniz dan mula membuat serangan balas yang pantas dari kiri dan kanan padang. Dalam salah satu serangan tersebut Jamri bagaikan ingin membuktikan kemampuan kehebatan nya telah berjaya menyamakan kedudukan dengan satu tandangan yang megelirukan semua pemain termasuk penjaga gol Daerah lalu terkena tiang sebelum masuk ke jaring bagi menyamakan kedudukan 1-1. Gol tersebut telah menaikkan semangat kroniz lalu bermain berhempas pulas mengawal serangan-serangan Daerah. Penjaga gol kroniz juga bermain cemerlang dengan menangkap kemas tendangan-tendangan Daerah.
Namun belum sempat semangat memuncak sekali lagi Daerah menjaringkan gol lalu mendahului 2-1. Tetapi semangat kroniz memang sukar dirantap hasilnya dri salah satu serangan hendap yang dilakukan larian Aming (selepas menerima hantaran cantik pyan) disebelah kanan telah meninggalkan petahanan Daerah lulu membuat hantaran lintang lalu disambar oleh alinordi bagi menyamakan kedudukan 2-2 sebelum masa pertama tamat.
Diseparuh masa kedua sekali lagi kroniz dikejutkan oleh Daerah dengan jaringan ketiga. Dengan ketinggalan 3-2 pasukan kroniz terpaksa memainkan lagi beberapa orang pemain lagenda bagi mengawal keadaan. Kemasukan pemain-pemain ini terutama aripin bagaikan menyuntik viagra bagi memunckkan lagi semangat kroniz. Hasilnya kroniz dapat menjaringkan dua gol lagi melalui alinordi bagi menyamakan kedudukan dan larian solo asri bagi kroniz mendahului 3 -4. keputusan tersebut bertahan hingga ke wisel penamat.
Selepas perlawanan post mortem diadakan di my nest cafe dimana pemain-pemain kroniz masih tidak mempercayai yang mereka telah menang. Ujud kesedaran pemain-pemain yang mereka masih mampu bermain dengan cemerlang bila keadaan memaksa. Selamat menyambut Hari Jadi Askar 31 Mei. Maju askar negara aman.K12 membuat larian solo menewaskan beberapa org pemain lawan
K13 kalibat beliau sukar untuk dihalang

Dengan gagah K13 berdiri, tak seorang pun pemain lawan berani mencabar beliau.Hampa!!! Pemain BM gagal menfaatkan kekurusan kaki mereka


No comments: