Monday 18 May 2009

Pasukan bomba dan penyelamat gagal rantap semangat kroniz

Hari ini 18 hb Mei pasukan kroniz turun ke padang julung kalinya di pertemukan dengan pasukan HQ bomba dan penyelamat. Perlawanan kali ini diadakan dikomplex sukan bomba dan penyelamat di berakas. Pasukan bomba dan penyelamat dibarisi oleh pemain-pemain bomba yang tidak on duty pada hari ini.Dengan barisan pemain yang fit dan tangkas pasukan bomba bermain dengan semangat waja. Pada separuh masa pertama pasukan kroniz menggunakan strtegi 4-3-3 dimana barisan tengah dibaris pemain-pemain legenda pyan, aripin dan micey. Pengalaman bermain bola mereka ini kalau dikumpul mencecah 100 tahun. mereka bertiga dapat mengawal jentera kroniz dan menghalang pasukan bomba dari melakar hantaran-hantaran yang berbahaya. Semangat yang ditunjukkkan oleh pemain kroniz yang bermain dengan kuderat empat kerat amat membanggakan kerana berjaya mengimbangi pasukan lawan. Mengecewakan juga pada barisan hadapan kroniz apabila penjaya gol bomba bukan saja cekap menyelamat mangsa kebakaran namun cekap juga menjaga gawang. Kedudukan pada separuh masa pertama 0 - 0.

Pada separuh masa kedua pasukan bomba telah meningkatkan permainan mereka dan bermain dengan pantas seperti pantasnya mereka sampai ke tempat kebakaran. Usaha mereka berhasil apabila dapat mendahului kroniz 1 - 0. Pemainan bertambah rancak selepas itu di mana kroniz cuba menyamakan kedudukan, Kroniz berhasil juga menyamakan kedudukan melalui Azrin yang bermain ala 'tevez' tidak jemu-jemu mengejar bola dan akhirnya dapat juga mengejar bola hingga ke jaring lawan. Dengan kedudukan 1-1 permainan bertambah rancak lagi namum beberapa keputusan pengadil perlawanan mengelirukan dan mengkonfusekan pemain-pemain menghalang fluidity perlawanan. Akhirnya kedudukan 1 -1 bertahan hingga ke wisel penamat.

Wajah sebenar penjaring Gol Kroniz - Gambar illustrasi terpaksa dikeluarkan kerana sedikitpun tidak ada imbas-imbas pemain ini.




No comments: