Sunday, 31 May 2009

Spiderman selamatkan kroniz

Kroniz pada 3ohb mei telah berkunjung ke padang tiruan sm rimba menentang guru-guru sm rimba. Perlawanan pada hari itu menyaksikan kehebatan kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan. Di barisi pemain pemain pertahanan yang cangkir-cangkir kroniz sukar menembusi pertahanan pasukan lawan. Setiap serangan kroniz mudah di patahkan oleh pemain pertahanan sm rimba. Harapan kroniz untuk menembusi pasukan lawan hanyalah melalui hantaran-hantaran membelah pertahanan namum kekentalan pertahanan lawan sukar ditandangi oleh kroniz.

Pasukan sm rimba banyak mengatur serangan-serangan  membahaya namum kehebatan penjaga gol kroniz pada hari itu menjadi bualan hangat. Ini lah petama kalinya kroniz menurunkan penjaga gol yang hebat. Kalau bukan kerana kehebatan penjaga gol mungkin kroniz akan menerima kekelahan yang agak besar, sekurang-kurangnya penjaga gol telah menyelamatkan enam percubaan gol yang sangat membahaya. Dari hantaran-hantaran lintang sehingga kepada keadaan satu lawan satu penjaga gol berjaya menyelamatkan keadaan.  Penjaga gol kroniz yang hebat itu membuat beberapa dakapan yang sangat menyilukan dan membahayakan keselamatan peasukan lawan. Aksi penjaga gol tersebut tidak tumpah seperti Ali hj Ismail penjaga gol terkenal Brunei satu ketika dulu. Siapakan siperderman kroniz itu?? 

Spiderman kroniz itu ialah salah seorang pemain kroniz yang telah cedera dan tidak dapat membuat larian laju lagi namun kerana masih tidak sedarkan diri dan kerana nafsu pemain ini mau jua turun ke padang sebagai penjaga gol. Penjaga gol tetap kroniz Rosli terpaksa turun bermain sebagai pertahanan sepanjang perlawanan. Seorang lagi penjaga gol kroniz yang berada di UK mungkin tidak kan ada tempat sekiranya pemain ini meneruskan pemainan yang hebat. Namun apa-apa pun kita tunggu kehebatan penjaga gol ini dipermainan seterusnya. Pengurus pasukan kroniz terpaksa mengadakan persidangan tergempar selepas pelawanan di salah sebuah restoran di rimba bagi membincangkan isu terbaru ini. Hasilnya tidak dapat diputuskan kerana penjaga gol kroniz yang di UK tidak dapat datang bagi membela diri. Sehingga penjaga gol kroniz di UK pulang, spiderman kroniz akan tetap diberikan tugas menjaga gol kroniz dan penilaian akan dibuat dari masa ke semasa.

Oh pada perlawanan itu kroniz menang 2-0 hasil jaringan-jaringan alinordi. Kemenangan itu adalah disebabkan hebatan penjaga gol pemain cedera tidak sedarkan diri. Liatlah blog news yang lepas bagi mengetahui siapakan pemain ini kerana dia pernah menjaringkan gol kemenangan sebelum ini.

Tuesday, 26 May 2009

Pasukan Daerah BM gagal halang kroniz

Ayam Tambatan Pasukan Daerah BM Menjaringkan gol yang terpantas 9.4532 Saat selepas wisel bertiup


Pada hari ini sehari sebelum terima gaji (26/5) kroniz telah melayani cabaran untuk bertemu dengan pasukan Daerah BM di padang askar d Bolkiah kem. Kehadiran dan kelibat pemain-pemain daerah yang datang awal telah mengurunkan dan mendebarkan pemain-pemain kroniz. Pasukan daerah telah menurunkan pemain-pemain muda belia yang tinggi-tinggi dimana kakinya kurus-kurus. Kehadiran pasukan daerah seramai 18 orang telah menyebabkan kroniz melambatkan permainan kerana masih menunggu beberapa orang pemain lagi yang selalu akhir datang. Strategi melambatkan permainan dimulakan awal sebelum permainan bermula lagi.

Debaran itu menjadi kenyataan sebaik saja wisel pemainan dimulakan kerana dengan sepantas burung ostrich Dunga (pemain yang telah di ban bermain dengan mana mana kelab) telah melapaskan pertahanan kroniz yang kaku dan melepaskan tendangan kencang memcecah jaring lalu mendahului 1 - 0. Bermainlah difikiran pemain-pemain, kroniz mungkin akan dibelasah hari ini. Serangan bertalu-talu daerah bagaikan membenarkan kenyataan diatas. Dunga sewenang-wenangnya menembusi bentang pertahan kroniz walaupun berhempas pulas mempertahankan bentang.. Penjaga gol kroniz telah mengarahkan salah seorang pemain kroniz yang kurus untuk mengawal dunga. Namun apabila ditoleh kiri kanan tidak ada pemain midfield yang kurus-kurus maka dengan berat hati tugas tersebut diambil oleh K10. Tidak disangka dengan terkawalnya dunga oleh k10 (walaupun bagaikan pecah paru-paru), Daerah seperti hilang punca.
Kesempatan ini digunakan oleh kroniz dan mula membuat serangan balas yang pantas dari kiri dan kanan padang. Dalam salah satu serangan tersebut Jamri bagaikan ingin membuktikan kemampuan kehebatan nya telah berjaya menyamakan kedudukan dengan satu tandangan yang megelirukan semua pemain termasuk penjaga gol Daerah lalu terkena tiang sebelum masuk ke jaring bagi menyamakan kedudukan 1-1. Gol tersebut telah menaikkan semangat kroniz lalu bermain berhempas pulas mengawal serangan-serangan Daerah. Penjaga gol kroniz juga bermain cemerlang dengan menangkap kemas tendangan-tendangan Daerah.
Namun belum sempat semangat memuncak sekali lagi Daerah menjaringkan gol lalu mendahului 2-1. Tetapi semangat kroniz memang sukar dirantap hasilnya dri salah satu serangan hendap yang dilakukan larian Aming (selepas menerima hantaran cantik pyan) disebelah kanan telah meninggalkan petahanan Daerah lulu membuat hantaran lintang lalu disambar oleh alinordi bagi menyamakan kedudukan 2-2 sebelum masa pertama tamat.
Diseparuh masa kedua sekali lagi kroniz dikejutkan oleh Daerah dengan jaringan ketiga. Dengan ketinggalan 3-2 pasukan kroniz terpaksa memainkan lagi beberapa orang pemain lagenda bagi mengawal keadaan. Kemasukan pemain-pemain ini terutama aripin bagaikan menyuntik viagra bagi memunckkan lagi semangat kroniz. Hasilnya kroniz dapat menjaringkan dua gol lagi melalui alinordi bagi menyamakan kedudukan dan larian solo asri bagi kroniz mendahului 3 -4. keputusan tersebut bertahan hingga ke wisel penamat.
Selepas perlawanan post mortem diadakan di my nest cafe dimana pemain-pemain kroniz masih tidak mempercayai yang mereka telah menang. Ujud kesedaran pemain-pemain yang mereka masih mampu bermain dengan cemerlang bila keadaan memaksa. Selamat menyambut Hari Jadi Askar 31 Mei. Maju askar negara aman.K12 membuat larian solo menewaskan beberapa org pemain lawan
K13 kalibat beliau sukar untuk dihalang

Dengan gagah K13 berdiri, tak seorang pun pemain lawan berani mencabar beliau.Hampa!!! Pemain BM gagal menfaatkan kekurusan kaki mereka


Saturday, 23 May 2009

Kroniz Ajar Kelab Bolasepak Guru-Guru Brunei III

K30 komitmen beliau setanding park ji sung

K17 baru terasa memang sukar untuk menyekat K18K17 dan K11 berebut rebut untuk mendapatkan bola yang hanya seBIJI.

Bagai Helikopter K## terbang meninggalkan rakan-rakan

22 Mei 2009 : Di dalam bilik darjah memanglah guru-guru hebat mengajar. Tetapi sebaliknya apabila berada di padang. Kroniz yang bermain dalam keadaan serba tak cukup memulakan perlawanan dengan ketiadaan penjaga gol utama. Tugas mempertahankan gawang terpaksa di ambil alih oleh pemain pertahanan K2. Pemain harapan kroniz K17 pula berkhidmat dengan pasukan lawan, secara automatik K38 ditugaskan untuk menerajui barisan pertahanan. Perlawanan dimulakan dengan ceria, lebih-lebih lagi beberapa pemain masuk kepadang dengan senyum senyum kambing dan ketawa-ketawa kecil entah apa pula yang membuat pemain-pemain kroniz begitu riang dihari ini. Separuh masa pertama perlawanan berlalu begitu simple sahaja, kroniz berjaya mengatur gerakan gerakan cantik tetapi sering tersilap apabila membuat hantaran-hantaran. Sekali lagi barisan tengah di huni oleh pemain-pemain lagenda manakala barisan serangan di ketuai oleh K10. Pada separuh masa kedua pasukan GGB III sering mengasak pasukan kroniz namun beberapa percubaan TERKELUAR dari sasaran. Kalau tidak hasil kecekapan penjaga gol dan barisan pertahanan dapat mematahkan serangan-serangan lawanan ianya pasti BERBIJI-BIJI masuk. K38 yang ditugaskan dibarisan pertahanan bukan saja cekap bertahan malah cekap menyerang pihak lawan. Beberapa minit sebelum perlawanan ditamatkan bagaikan tidak mahu berkongsi mata, pasukan kroniz berlagak seperti mempunyai tahap kecergasan yang tinggi terus mengasak bertubi-tubi pertahanan pihak lawan, walaupun pertahanan lawan yang diterajui oleh pemain berpengalaman kroniz K17, namun beliau bukan berdepan dengan 1 atau 2 org kroniz, akhirnya beliau terpaksa akur apabila K(lupaku) Ak. Yusof berjaya membuat jaringan tunggal sekaligus membawa kemenangan kepada pasukan kroniz. Ada juga desas desus yang menyatakan kroniz sebenarnya mendahului dengan 3 B*** jaringan entah darimana datangnya yang 2 itu masih disangsikan...wallahua'lam...
Photographer perlawanan hari iniKroniz mengamalkan Diet Healty FoodGagal beraksi di padang disebabkan kecederaan bukan halangan untuk beraksi di siniIni apa pula ni???? Pesta makanan!!!

Monday, 18 May 2009

Pasukan bomba dan penyelamat gagal rantap semangat kroniz

Hari ini 18 hb Mei pasukan kroniz turun ke padang julung kalinya di pertemukan dengan pasukan HQ bomba dan penyelamat. Perlawanan kali ini diadakan dikomplex sukan bomba dan penyelamat di berakas. Pasukan bomba dan penyelamat dibarisi oleh pemain-pemain bomba yang tidak on duty pada hari ini.Dengan barisan pemain yang fit dan tangkas pasukan bomba bermain dengan semangat waja. Pada separuh masa pertama pasukan kroniz menggunakan strtegi 4-3-3 dimana barisan tengah dibaris pemain-pemain legenda pyan, aripin dan micey. Pengalaman bermain bola mereka ini kalau dikumpul mencecah 100 tahun. mereka bertiga dapat mengawal jentera kroniz dan menghalang pasukan bomba dari melakar hantaran-hantaran yang berbahaya. Semangat yang ditunjukkkan oleh pemain kroniz yang bermain dengan kuderat empat kerat amat membanggakan kerana berjaya mengimbangi pasukan lawan. Mengecewakan juga pada barisan hadapan kroniz apabila penjaya gol bomba bukan saja cekap menyelamat mangsa kebakaran namun cekap juga menjaga gawang. Kedudukan pada separuh masa pertama 0 - 0.

Pada separuh masa kedua pasukan bomba telah meningkatkan permainan mereka dan bermain dengan pantas seperti pantasnya mereka sampai ke tempat kebakaran. Usaha mereka berhasil apabila dapat mendahului kroniz 1 - 0. Pemainan bertambah rancak selepas itu di mana kroniz cuba menyamakan kedudukan, Kroniz berhasil juga menyamakan kedudukan melalui Azrin yang bermain ala 'tevez' tidak jemu-jemu mengejar bola dan akhirnya dapat juga mengejar bola hingga ke jaring lawan. Dengan kedudukan 1-1 permainan bertambah rancak lagi namum beberapa keputusan pengadil perlawanan mengelirukan dan mengkonfusekan pemain-pemain menghalang fluidity perlawanan. Akhirnya kedudukan 1 -1 bertahan hingga ke wisel penamat.

Wajah sebenar penjaring Gol Kroniz - Gambar illustrasi terpaksa dikeluarkan kerana sedikitpun tidak ada imbas-imbas pemain ini.




Saturday, 9 May 2009

Tewas 4 - 1 bukan alasan untuk bersedih

8 Mei 2009 – Bertempat di maktab duli, kali ini pasukan kroniz sekali lagi ditemukan dengan pasukan KL FC. Permainan pasukan kroniz begitu hambar dan gagal mempamerkan permainan yang sebenar. Pasukan kroniz akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 4 – 1. Jaringan dibuat oleh Hj Fendi melalui sepakan Penalti. Kita tinggalkan padang bola yang mempunyai pencapaian yang mengecewakan. Tetapi walaubagaimanapun pasukan kroniz bagai kehausan kemenangan apabila mereka berjaya membuat aksi-aksi yang memukau ketika bertandang ke gelangang seterusnya. Kali ini pasukan ini mempamerkan aksi yang mengganas apabila masing-masing pemain membuat pesanan-pesanan yang hebat baik secara individu maupun berpasukan. Bermula dari hantaran yang pertama hinggalah ke hantaran-hantaran seterusnya mereka kelihatan dengan tangkas sering passing memassing makanan ke kiri dan kekanan. Gerakan mereka begitu teratur tidak kira samada secara individu ataupun berpasukan. Satu demi satu hantaran di kawal dengan ganas sehinggalah melicinkan piring-piring yang berada diatas meja. Bermula dengan sayur, diikuti oleh sotong dan ikan bakar dan juga tongkeng ayam semuanya tidak bertahan dengan lama. Persembahan mereka semakin hangat apabila Nizam membuat pesanan yang lengkap juga dengan sekelip mata saja diselesaikan oleh pemain-pemain kroniz. Kehebatan mereka bagai tidak dapat di saingi, keringat yang mengalir lebat di dahi pemain menunjukan semangat dan kesungguhan mereka. Jika lah kehebatan mereka ini diaplikasikan ke perlawanan bolasepak jangankan liverpool, barcelona dan Manchester united pasti akan memohon ampun supaya tidak di permalukan di persada bola sepak antarabangsa.


Pertahanan kroniz cuba membuat perangkap offside dengan cara berjalan serentak
K 33 merenung jauh memikirkan masa depan pasukan kroniz.