Monday, 18 May 2009

Pasukan bomba dan penyelamat gagal rantap semangat kroniz

Hari ini 18 hb Mei pasukan kroniz turun ke padang julung kalinya di pertemukan dengan pasukan HQ bomba dan penyelamat. Perlawanan kali ini diadakan dikomplex sukan bomba dan penyelamat di berakas. Pasukan bomba dan penyelamat dibarisi oleh pemain-pemain bomba yang tidak on duty pada hari ini.Dengan barisan pemain yang fit dan tangkas pasukan bomba bermain dengan semangat waja. Pada separuh masa pertama pasukan kroniz menggunakan strtegi 4-3-3 dimana barisan tengah dibaris pemain-pemain legenda pyan, aripin dan micey. Pengalaman bermain bola mereka ini kalau dikumpul mencecah 100 tahun. mereka bertiga dapat mengawal jentera kroniz dan menghalang pasukan bomba dari melakar hantaran-hantaran yang berbahaya. Semangat yang ditunjukkkan oleh pemain kroniz yang bermain dengan kuderat empat kerat amat membanggakan kerana berjaya mengimbangi pasukan lawan. Mengecewakan juga pada barisan hadapan kroniz apabila penjaya gol bomba bukan saja cekap menyelamat mangsa kebakaran namun cekap juga menjaga gawang. Kedudukan pada separuh masa pertama 0 - 0.

Pada separuh masa kedua pasukan bomba telah meningkatkan permainan mereka dan bermain dengan pantas seperti pantasnya mereka sampai ke tempat kebakaran. Usaha mereka berhasil apabila dapat mendahului kroniz 1 - 0. Pemainan bertambah rancak selepas itu di mana kroniz cuba menyamakan kedudukan, Kroniz berhasil juga menyamakan kedudukan melalui Azrin yang bermain ala 'tevez' tidak jemu-jemu mengejar bola dan akhirnya dapat juga mengejar bola hingga ke jaring lawan. Dengan kedudukan 1-1 permainan bertambah rancak lagi namum beberapa keputusan pengadil perlawanan mengelirukan dan mengkonfusekan pemain-pemain menghalang fluidity perlawanan. Akhirnya kedudukan 1 -1 bertahan hingga ke wisel penamat.

Wajah sebenar penjaring Gol Kroniz - Gambar illustrasi terpaksa dikeluarkan kerana sedikitpun tidak ada imbas-imbas pemain ini.




Saturday, 9 May 2009

Tewas 4 - 1 bukan alasan untuk bersedih

8 Mei 2009 – Bertempat di maktab duli, kali ini pasukan kroniz sekali lagi ditemukan dengan pasukan KL FC. Permainan pasukan kroniz begitu hambar dan gagal mempamerkan permainan yang sebenar. Pasukan kroniz akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 4 – 1. Jaringan dibuat oleh Hj Fendi melalui sepakan Penalti. Kita tinggalkan padang bola yang mempunyai pencapaian yang mengecewakan. Tetapi walaubagaimanapun pasukan kroniz bagai kehausan kemenangan apabila mereka berjaya membuat aksi-aksi yang memukau ketika bertandang ke gelangang seterusnya. Kali ini pasukan ini mempamerkan aksi yang mengganas apabila masing-masing pemain membuat pesanan-pesanan yang hebat baik secara individu maupun berpasukan. Bermula dari hantaran yang pertama hinggalah ke hantaran-hantaran seterusnya mereka kelihatan dengan tangkas sering passing memassing makanan ke kiri dan kekanan. Gerakan mereka begitu teratur tidak kira samada secara individu ataupun berpasukan. Satu demi satu hantaran di kawal dengan ganas sehinggalah melicinkan piring-piring yang berada diatas meja. Bermula dengan sayur, diikuti oleh sotong dan ikan bakar dan juga tongkeng ayam semuanya tidak bertahan dengan lama. Persembahan mereka semakin hangat apabila Nizam membuat pesanan yang lengkap juga dengan sekelip mata saja diselesaikan oleh pemain-pemain kroniz. Kehebatan mereka bagai tidak dapat di saingi, keringat yang mengalir lebat di dahi pemain menunjukan semangat dan kesungguhan mereka. Jika lah kehebatan mereka ini diaplikasikan ke perlawanan bolasepak jangankan liverpool, barcelona dan Manchester united pasti akan memohon ampun supaya tidak di permalukan di persada bola sepak antarabangsa.


Pertahanan kroniz cuba membuat perangkap offside dengan cara berjalan serentak
K 33 merenung jauh memikirkan masa depan pasukan kroniz.

Wednesday, 29 April 2009

Kroniz grounded RBA

Hari ini 29hb kroniz dipertemukan dengan flight operation RBA yang dibarisi oleh pilot-pilot muda. Mungkin disebabkan oleh selesama babi banyak flight RBA digrounded bagi mengelak negara kitani di jangkiti wabak tersebut. Kesempatan ini digunakan oleh pilot-pilot RBA dengan sebaiknya dengan menunjukkan skil-skil dan kepantasan mereka bermain bola. Alhamdulillah pemeriksaan keatas pemain-pemain sebelum bermain tidak ada menunjukkan simptom wabak tersebut dan telah diluluskan halal. Permainan pada petang itu seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan kepantasan pemain-pemain RBA memaksa pertahanan kroniz berkerja keras. Dengan kuderat yang ada pemain-pemain kroniz cuba menghalang pemain-pemain pantas RBA. Usaha kroniz yang bermain seperti biasa akhirnya dapat menjaringkan gol pertama oleh pemain legenda Pyan akan dengan tenang memperdayakan penjaga gol RBA dengan tendangan yang cepat tapi sempurna menuju ke jaring. Dia seolah-oleh ingin membuktikan skil menjaringkan gol setelah mengidam menjaringkan gol sejak tiga perlawanan yang lalu.

Pada separuh masa kedua pasukan kroniz mengekalkan rentak permainan mereka dan digasak oleh RBA bagi manyamakan kedudukan. Dengan kelekaan RBA mencari gol pasukan kroniz membuat serangan hendap dan mengejut lalu menjaringkan gol kedua melalui aki. Disinilah bermula cabaran kelekaan selalu terjadi namun pawang yang didatangkan dari limbang menerusi temburong telah menjadi sehingga pasukan RBA susah hendak menjaringkan gol. Beberapa percubaan mereka terkena palang dan tiang. Penjaga gol kroniz sendiri mengakui keajaiban yang berlaku apabila dia sudah terjatuh namun tidak semena-semena bola ada ditangannya. sungguh ajaib. Dengan kedudukan 2-0 dan dibantu oleh penjaga gol mistri mimpi syakila kroniz akhirnya menang 2-0. Jarang sekali kroniz tidak dapat dibolosi.Wallahualam...

Post mortem di adakan di denna dengan hidangan nasi beryani ayam, kambing, nan butter ayam masala, daging kurma, sayur kari dan entah apa lagi semuanya licin. K8 keluar dari pertapaan
K18 terpaksa membuat jaringan secara placing setelah melihat pemain pertahan berada dalam ketakutan dikhuatiri k18 membuat tendangan maut beliau yang selama ini telah banyak mencederakan beberapa orang penonton


Sunday, 26 April 2009

Kronizfc seri lagi

Pada 24hb April sekali lagi pasukan kroniz turun ke padang bagi menyemarakkan dan memajukan pemainan bolasepak di negara ini. Kali ini pasukan lawan ialah pasukan dargon ball yang dibarisi pemain remaja yang bakal menjdi asset negara. Perlawanan pada petang itu seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan. Tidak ada yang menarik kan diceritakan pada separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0. Pada separuh masa kedua pasukan kroniz telah menukar hampir kesemua pemain dan menurunkan pemin-pemain simpanan serta sekali lagi mengaturkan ayam tambatan Alinordi mengemudi serangan. Strategi kali ini menjadi kerana alinordi telah menjaringkan gol pertama. Namun kelekaan seperti biasa pasukan kroniz leka dibuai mimpi dan ini telah digunakan oleh pasukan dragon ball untuk menjaringkan dua gol. Setelah ketinggalan sekali lagi pasukan kroniz tersedar dari mimpi dan dapat menyamakan kedudukan menjadikan 2-2 hasil jaringan Aki. Seperti disambar kilat pasukan dragonball sekali lagi menjaringkan gol menjadikan kedudukan 2-3. Perkara ini meresahkan pasukan kroniz dan membuat beberapa pertukaran stategik dengan dan berhasil menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir perlawanan menjadikan kedudukan 3-3 dijaringkan oleh ayam tembatan Alinordi. Pada kesimpulannya walaupun bermain dengan pasukan remaja pasukan kroniz masih dapat menyaingi mereka. Namun kelekaan dan kerap dibuai mimpi yang indah walaupun ditengah padang adalah musuh utama pasukan kroniz bagi mencipta kemenangan. Tidak lah sah permainan kalau pasukan lawan tidak menjaringkan tiga biji gol dadalam sesuatu perlawanan. Akhir sekali mungkin sudah tiba kroniz memikirkan untuk mencari pawang bagi menghalang pasukan lawan menjaringkan gol kerana umur lanjut beberapa orang pemain yang bermain hanya kerana nafsu. Sekian... 'air yang tenang jangan disangka tidak berikan'. P.S. Postmortem perlawanan di adakan di Restaurant Sengkurong Nasi Padang. Berbagai hidangan nasi padang tersedia seperti gulai nangka, ikan bakar surabaya, daging redang, sotong, udang dan sambal hijau. Semua masakan pedas-pedas sehingga mengeluarkan peluh mengalahkan peluh bermain bola.

Penyokong kroniz bersuka ria walaupun kroniz hanya mampu seri



Tuesday, 21 April 2009

USAHA MEMBAWA BERKAT

Setelah berehat sekian lama kerana ketandusan padang pasukan kroniz turun melangkah ke padang MD pada 19hb bertemu dengan musuh tradisi CDD. Perlawanan yang lepas dengan pasukan ini sememang hebat dengan berbalas jaringan. Perlawanan pada kali ini tidak kurang hebatnya. Pasukan CDD menurunkan keluarga CDD yang begitu bersemangat serta mempunyai kerabat penyokong pasukan mereka sendiri lengkap dengan medic dan minuman dua kotak. Selain lain pasukan bola mereka juga menurunkan pasukan jurugambar profesional mereka sendiri. Dengan alatan kemera mereka yang canggih dan panjang-panjang zoom lens nya menampakkan seolah-olah perlawanan petang itu seperti perlawanan EPL. Di sebabkan kemaluan pemain-pemain kroniz kerana kerap digambar, pasukan kroniz telah ketinggalan 0 -2 dalam masa dua puluh minit pertama. Padang yang keras dan berdebu tidak menghalang pasukan CDD yang dibarisi oleh beberapa bintang kroniz untuk terus mengganas. Bintang-bintang kroniz yang bermain untuk CDD seolah-olah ingin membuktikan sesuatu kerana permainan cemerlang mereka. Mungkin disebabkan kroniz mempunyai ramai bintang maka mereka kurang menyerlah bersama kroniz. Kroniz seperti hilang punca menyaksikan kehebatan CDD dan gagal mengatur hantaran hantaran kemas. Namun berkat kesabaran sebelum masa pertama tamat pasukan kroniz telah dapat menjaringkan satu gol melalui pemain yang cedera tapi masih tidak sedarkan diri K?Nizam. Gol itu dapat melegakan pasukan kroniz dan dapat keluar padang dengan tersenyum.

Pada separuh masa kedua kroniz membuat beberapa pertukaran dengan memasukan beberapa pemain legenda dan menganturkan ayam tambatan K?? (Alinordi) untuk mengemudikan serangan bagi menjaringkan gol. Waima usaha itu sia-sia kerana sekali lagi pemain yang cedera tidak sedar diri K? (Nizam) dapat menjaringkan gol tanpa disangka-sangka. Dengan kedudukan 2-2 kroniz mula lupa daratan seperti yang selalu terjadi ' langit dijunjung jangan disangka tidak akan hujan' apakan???. Pasukan CDD pintar menggunakan kesempatan dan menjaringkan satu gol lagi. Bagaikan panah membelah durian pasukan kroniz sedar dari lamunan (baik jua sadar selalunya inda) dan mula mencari gol penyamaan. Akhirnya uasaha membawa berkat apabila K? (pehin) dapat menjaringkan gol yang cantik dari jauh menewaskan penjaga gol CDD yang telah bermain dengan cemerlang sebelumnya. Saat-saat akhir perlawanan menyaksikan kedua dua pasukan tidak sabar-sabar menunggu panggilan azan bagi menunaikan sembahyang fardu magrib. Keputusan diakhir perlawanan berkesudahan 3-3 dan memuaskan semua orang termasuk pengemera-pengemera yang datang. Post mortem perlawanan diadakan di gerai gereja bandar dengan hidangan pari salai, ikan pila-pila masak lada digoreng dulu, butter prawn, gulai kangkong, bakso, sambal sotong, kailan tumis, tungking goreng, mee goreng dan berbagai jenis minuman termasuk air kelapa. Sekian maju perut untuk negara.



Monday, 6 April 2009

Kroniz Tewaskan PHEM

3 april, Kroniz kembali beraksi di padang MD. Kali ini Kroniz fc menentang pasukan PHEM (persatuan Hal Ehwal Masjid - kali lah). PHEM bukan saja kyusuk beramal ibadat, malahan mereka juga mempunyai kebolehan di padang. Walaubagaimana pun kroniz mebuktikan kebolehan mereka apabila mendahului pasukan lawan melalui tandukan cantik dari K#(Sulaiman). PHEM tidak berputus asa dan berjaya menyamakan kedudukan menjadikan jaringan 1-1. Beberapa minit sebelum perlawanan berakhir K10 (gnal) telah membuat larian solo dan pergerakan bahaya ini terpaksa disudahkan dengan terjahan keras untuk menghalang beliau bertindak lebih ganas. Namun terjahan itu telah dibuat di dalam kotak D dan telah membawa padah pada pasukan lawan setelah kroniz dihadiahkan dengan penalti. K#(Pehin) berjaya menyudahkan penalti dengan mudah ini terbukti apabila beliau hanya menggunakan setampik kaki beliau untuk membuat tendangan tersebut. Pada separuh masa kedua pasukan kroniz bertindak lebih agressif dengan membuat beberapa serangan dan akhirnya kroniz berjaya menambahkan lagi 2 gol melalui k17(alinordi) dan satu jaringan juga telah berjaya dibuat oleh pasukan lawan dan diakhir perlawanan keputusan berkesudahan dengan 4 - 2.

Pemain lawan cuba merampas bola dari k10 - satu pekerjaan yang susah

k14 - kontrovesi disebabkan gambar beliau sering muncul di dalam blog ini