Tuesday 21 April 2009

USAHA MEMBAWA BERKAT

Setelah berehat sekian lama kerana ketandusan padang pasukan kroniz turun melangkah ke padang MD pada 19hb bertemu dengan musuh tradisi CDD. Perlawanan yang lepas dengan pasukan ini sememang hebat dengan berbalas jaringan. Perlawanan pada kali ini tidak kurang hebatnya. Pasukan CDD menurunkan keluarga CDD yang begitu bersemangat serta mempunyai kerabat penyokong pasukan mereka sendiri lengkap dengan medic dan minuman dua kotak. Selain lain pasukan bola mereka juga menurunkan pasukan jurugambar profesional mereka sendiri. Dengan alatan kemera mereka yang canggih dan panjang-panjang zoom lens nya menampakkan seolah-olah perlawanan petang itu seperti perlawanan EPL. Di sebabkan kemaluan pemain-pemain kroniz kerana kerap digambar, pasukan kroniz telah ketinggalan 0 -2 dalam masa dua puluh minit pertama. Padang yang keras dan berdebu tidak menghalang pasukan CDD yang dibarisi oleh beberapa bintang kroniz untuk terus mengganas. Bintang-bintang kroniz yang bermain untuk CDD seolah-olah ingin membuktikan sesuatu kerana permainan cemerlang mereka. Mungkin disebabkan kroniz mempunyai ramai bintang maka mereka kurang menyerlah bersama kroniz. Kroniz seperti hilang punca menyaksikan kehebatan CDD dan gagal mengatur hantaran hantaran kemas. Namun berkat kesabaran sebelum masa pertama tamat pasukan kroniz telah dapat menjaringkan satu gol melalui pemain yang cedera tapi masih tidak sedarkan diri K?Nizam. Gol itu dapat melegakan pasukan kroniz dan dapat keluar padang dengan tersenyum.

Pada separuh masa kedua kroniz membuat beberapa pertukaran dengan memasukan beberapa pemain legenda dan menganturkan ayam tambatan K?? (Alinordi) untuk mengemudikan serangan bagi menjaringkan gol. Waima usaha itu sia-sia kerana sekali lagi pemain yang cedera tidak sedar diri K? (Nizam) dapat menjaringkan gol tanpa disangka-sangka. Dengan kedudukan 2-2 kroniz mula lupa daratan seperti yang selalu terjadi ' langit dijunjung jangan disangka tidak akan hujan' apakan???. Pasukan CDD pintar menggunakan kesempatan dan menjaringkan satu gol lagi. Bagaikan panah membelah durian pasukan kroniz sedar dari lamunan (baik jua sadar selalunya inda) dan mula mencari gol penyamaan. Akhirnya uasaha membawa berkat apabila K? (pehin) dapat menjaringkan gol yang cantik dari jauh menewaskan penjaga gol CDD yang telah bermain dengan cemerlang sebelumnya. Saat-saat akhir perlawanan menyaksikan kedua dua pasukan tidak sabar-sabar menunggu panggilan azan bagi menunaikan sembahyang fardu magrib. Keputusan diakhir perlawanan berkesudahan 3-3 dan memuaskan semua orang termasuk pengemera-pengemera yang datang. Post mortem perlawanan diadakan di gerai gereja bandar dengan hidangan pari salai, ikan pila-pila masak lada digoreng dulu, butter prawn, gulai kangkong, bakso, sambal sotong, kailan tumis, tungking goreng, mee goreng dan berbagai jenis minuman termasuk air kelapa. Sekian maju perut untuk negara.



No comments: