Friday 6 November 2009

Kroniz gagal Post kan berita menarik

Jumaat 31 Oktober, Kroniz sekali lagi bertandang ke padang maktab Duli untuk melayani pasukan dari Pejabat Post Brunei. Kehadiran teknologi canggih dalam dunia era digital telah mengurangkan masa bagi kakitangan dan pegawai-pegawai pos menghantar surat-surat kerana kebanyakan orang mengunakan email. Maklumlah masyarakat sekarang lahir sebagai Digital Native. Oleh kerana ada masa yang terluang ini membolehkan mereka berlatih dan ini begitu ketara sekali apabila pemain-pemain dari pasukan Pos ini kelihatan langsing-langsing belaka dibandingkan dengan pemain kroniz. Namun besar kecil bukan lah dijadikan sebagai sukat-sukat namun pengalaman kroniz telah membawa mereka untuk mendahului perlawanan. Permainan yang begitu seimbang kadangkala di ganggu oleh keadaan padang yang becak. Apa-apa pun perlawanan hari itu berkesudahan 2 - 2. Yang menjadi masalah nya apda perlawanan kali ini ialah saya tidak ingat siapa yang menjaringkan. Ini kemungkinan fokus kami lebih tertumpu kepada 3 orang pelari pecut yang berkeliaran di luar padang menunjukan kepantasan berlari mereka.

Update : 2 Jaringan kroniz di jaringkan oleh Pehin dan Gnoh.


No comments: