Friday 13 November 2009

KRONIZ Vs WASABI
2 - 0
15hb Nov Gadong: Sekali lagi kroniz turun ke padang dipertemukan dengan pasukan wasabi. Perlawnan kedua-dua pasukan ini bagaikan sate dengan kuahnya. Perlawanan kali ini yang diadakan di padang MD berlainan sedikit kerana kroniz turun dengan konfidentnya, (Sila lihat gambar) mugkin disebabkan kerana sudah sering dipertemukan dengan wasabi. Perlawanan petang itu tidak kurang hebatnya kerana kedua-dua pasukan sering serang menyerang. Kroniz bermain dengan cemerlang dan berdisiplin telah dapat meresap semua serangan-serangan yang dilakukan oleh Wasabi. Gol pertama kroniz dijaringkan oleh Sulai hasil tendangan sudut Ali nordi. Pada separuh masa pertama kroniz mendahului 1-0.

Di separuh masa kedua Wasabi cuba bangkit dengan pedasnya tetapi dengan kematangan pemain kroniz mereka dapat menahan pedas yng diberikan. Walaupun Wasabi mengasak ke kubu kroniz penjaga gol kroniz bermain dengan cemerlang menghalang setiap percubaan gol. Dalam kelekaan Wasabi menyerang kroniz mendapat peluang membuat serangan hendap dan pantas seperti kilat di sebelah kiri pada larian alinordi dan menbuat hantaran ke belakang kepada aliuddin yang terus membuat percubaan jarak jauh sehingga mencecah jaring menewaskan penjaga gol wasabi. Gol tersebut telah melegakan kroniz yang kini hanya perlu bertahan sehingga azan berkumandang. Di akhir perlawanan kroniz 2 - Wasabi 0. Sekian

Kroniz berduyun-duyun menghadiri perlawanan.
Satu daripada aktibiti amalan sesat yang sering di amalkan
oleh pemain2 kroniz sebelum perlawanan.
K28 dengan skill terbaru beliau.

Attaccck!!!...
K6 in action!


K14 terkidum puas setelah menjaringkan goal kedua yg cantik sehingga beliau lupa memakai baju.

Photo By: K30

No comments: