Saturday 7 March 2009

Kroniz Ikat Lambak dengan Jaringan 3 - 3

6 Mac 2009, Maktab Duli : Kroniz berdepan dengan pasukan lambak yang menampilkan Lagenda piala Malaysia sebagai penjana serangan mereka. Pada babak pertama ternyata permainan di kuasai oleh pasukan lambak dan sekali sekala kroniz membuat serangan mengejut ke pihak lawan. Pasukan Lambak yang menguasai permainan berjaya mendahului kroniz dengan jaringan 2 - 1 Gol kroniz di jaringan oleh k20. Memandangkan permainan yang tidak seimbang, pada babak masa kedua semasa permainan hanya berbaki 20 minit, pengurus pasukan kroniz yang terpaksa berehat disebabkan kecederaan terpaksa membuat keputusan untuk mengunakan khidmat 3 trio lagenda kroniz. Bermula dengan kemasukan K3o, diikuti dengan K 18 dan seterusnya kemasukan bebatup 9 ternyata berjaya mengubah corak permainan. Dua hantaran cantik melalui k12 dan k4 kepada k 17 berjaya menghasilkan 2 gol seterusnya mendahului pasukan lawan. Walaubagaimana pun pasukan lambak bangkit semula di minit-minit akhir untuk menyamakan kedudukan. Kroniz terus bangkit dan membuat asakan pada saat-saat akhir namun perlawanan tetap berakhir dengan jaringan 3 - 3, Tahniah kepada kroniz fc kerana menunjukan semangat juang yang tinggi.




Lagenda Piala Malaysia Vs Lagenda Kroniz



Pasukan Lawan mebuat pemanasan Badan

Antara aksi-aksi hebat


K 38 mencari duit pacah beliau yang tercicir

Pemain lawan cuba menghalang k38 dari bertindak lebih agresif

k18

No comments: