Friday 13 March 2009

KRONIZ HILANG HALATUJU D RIMBA

Pada 11 Mach yang lalu kronizfc telah turun ke SM rimba menentang pasukan SM Rimba. Perlawanan di padang tiruan itu menyaksikan beberapa keganjilan yang tidak dapat di jelas dengan akal. Pertama pada musim ini kronizfc tidak mempunyai cukup pemain untuk memulakan perlawanan dan perlawanan terlewat sehingga 20 minit menunggu kedatangan pemain yang tidak kunjung tiba. Ketidak cukupan pemain dan ketiadaan penjaga gol tetap telah menyebabkan pasukan kronizfc ketinggalan 1 -4 pada separuh masa pertama. Keganjilan kedua ialah  kemunculun bintang lama kroniz telah menjadi bualan hangat sepanjang perlawanan. Seperti dalam wayang seram pemain ini muncul dengan tiba-tiba namun skil dan larian yang dilakukan memang sah dia ialah bintang lama kroniz yang telah menghilang sejak sekian lama. Pada separuh masa kedua dengan kecukupan pemain maka pasukan kroniz telah mengatur strategi-strategi dengan menyerang rimba dengan tidak putus-putus. Kehadiran bintang  lama  yg kini bertugas d temburong telah dpt menyelamatkan maruah kroniz dengan menjaringkan gol hatrik bagi merapatkan jurang. Gol penyamaan (keganjialan ketiga) ada hasil tendangan bebas dari tengah padang tendang k30 yang melantung menewaskan penjaga gol. Mungkin di bantu oleh mahluk halus kerana dia sendiri tidak sedar telah menjaringkan gol.Dengan gol tesebut kroniz telah berjaya menyamakan kedudukan 4-4.  Memang mungkin telah  terlangar pantang sebelum masuk ke rimba mengakibatkan banyak kecuaian dilakukan. Semasa   perlawanan memasuki waktu magrib pasukan SM rimba telah dihidangkan dengan gol mudah bagi kemenangan kepada Pasukan SM rimba 5-4. Keganjilan terakhir ialah apabila kunci kereta seorangan pemain telah ditapuk oleh mahluk lain mengakibatkan operasi besaran-besaran dilakuan sehingga mengakibatkan post mortem di resturant d rimba lambat dimulakan. Kehilangan itu telah menyebabkan Tentera Udara yang berpengkalan berhampiran menerbangkan helikopter-helikopter pada waktu magrib dan ini telah disahkan oleh pilot tentera udara yang berada disitu ketika itu. Namun hasil bacaan beberapa orang pemain kunci tersebut telah muncul kembali dan semua pemain dalam keadaan selamat.

Komitmen pada Kronicfc tetap menjadi keutamaan Bebatup9 walaupun beliau sibuk dlm tugasan memangku!!! Bravo bebatup9.  

Seperti biasa K4 belajar menandang bola daripada K19.

K8 yang baru balik dari pertapaan di Temburong.


Aksi Kroniz 8 menjaringkan gol.




No comments: