Friday, 20 March 2009

Kroniz Amalkan Ajaran Sesat

K14 Sumbangan 2 Gol Gagal bawa kemenangan

20 Mac 2009, Padang Soas - Amalan sesat di definisikan sebagai mengamalkan atau mempraktikan perkara yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya dilakukan. Dalam perlawanan ini ada beberapa amalan yang salah dilakukan oleh pemain2 kroniz sehinggalah mebawa padah. Perkara 1. Pemain kroniz lebih gemar membuat pemanasan mulut sebelum perlawanan daripada memanaskan badan. Perkara 2. Pemanasan badan sepatutnya dilakukan 15 minit sebelum perlawanan bukannya 15 ke 20 minit dalam perlawanan. Perkara 3. Pada tahap umur pemain2 kroniz yang hampir mencecah 40 kalau lah boleh pemain kroniz bermain lebih dari 11 orang bukan nya kurang dari 11 orang. Perkara 4. Selepas permainan adalah masa yang berguna untuk membuat post mortem permainan bukannya menilai jenis2 makanan. Berbalik pada perlawanan tersebut ketinggalan 2-0 pada awal 20 minit perlawanan seolah memberi pengajaran untuk kroniz fc. 2 jaringan cantik melalui kroniz 29 (Ak Yusof) telah mengembalikan semangat juang pasukan kroniz. Pada babak kedua Kroniz 14 (Aliuddin) berjaya menambahkan jaringan dengan 2 gol menjadikan jaringan 4-2, K 38 (asri) dan satu lagi jaringan dari lelaki MISTERI (heheh siapa ingat claim ah gol ah nda ku ingat sapa score lagi) menjadikan perlawanan 6-3. Tapi segalanya tidak bertahan lama kroniz menerima asakan demi asakan sehinggakan terpaksa akur kepada pasukan lawan dan disaat wisel ditiupkan kroniz tersungkur dengan jaringan 7-6, tak seperti yang dijangkakan. langit tak semestinya cerah, air yang tenang jangan di sangka tidak dapat mengegarkan dunia, seperti kelambu di di ujung tanduk, buat baik berpada-pada jangan sampai kita yang kalah dan termakan lada, sekian dari Karam Singh Walia TV3 melaporkan.
Salah satu aksi yang mendebarkan

Tuesday, 17 March 2009

Kroniz hampir temui halatuju
tapi tersesat lagi!
15hb.March Belapan padang - Itulah hakikatnya adat perlawanan bolasepak ada kalah dan menang. Tapi yang pasti hakikat itu tidak boleh di guna pakai untuk pasukan kroniz lagi kalau berterusan melawan pasukan yang rata2 mempunyai 'kaki kurus', umur muda and stamina. Ianya Pasti akan menjurus kepada kekalahan seperti malam itu. However, puji-pujian perlu di berikan kepada semua pemain yang bermain pada malam itu kerana memberikan komitmen juang yang tinggi. Walaupun warna jercy yang hampir sama pada malam itu, ianya tidak memberi sebarang masalah psal ianya dapat di bezakan begitu ketara sekali melalui size perut pemain2 yang unik2 .he..ee.jangan marah. Lain kali bawa baju kuning jua. 
Kroniz - Kaki kurus 4
Scorer: K14 -min 25, 1st half (kali jua tu)

Reff!!!..out 

Aksi Bola yang sedang di bawa K22.


K17 sempat 'Spanish dance' dengan team lawan!!

Aksi K18 yg sempat di rakamkan. Gambar ini hanya dapat di ambil setelah beliau mengurangkan kelajuan. 


Friday, 13 March 2009

KRONIZ HILANG HALATUJU D RIMBA

Pada 11 Mach yang lalu kronizfc telah turun ke SM rimba menentang pasukan SM Rimba. Perlawanan di padang tiruan itu menyaksikan beberapa keganjilan yang tidak dapat di jelas dengan akal. Pertama pada musim ini kronizfc tidak mempunyai cukup pemain untuk memulakan perlawanan dan perlawanan terlewat sehingga 20 minit menunggu kedatangan pemain yang tidak kunjung tiba. Ketidak cukupan pemain dan ketiadaan penjaga gol tetap telah menyebabkan pasukan kronizfc ketinggalan 1 -4 pada separuh masa pertama. Keganjilan kedua ialah  kemunculun bintang lama kroniz telah menjadi bualan hangat sepanjang perlawanan. Seperti dalam wayang seram pemain ini muncul dengan tiba-tiba namun skil dan larian yang dilakukan memang sah dia ialah bintang lama kroniz yang telah menghilang sejak sekian lama. Pada separuh masa kedua dengan kecukupan pemain maka pasukan kroniz telah mengatur strategi-strategi dengan menyerang rimba dengan tidak putus-putus. Kehadiran bintang  lama  yg kini bertugas d temburong telah dpt menyelamatkan maruah kroniz dengan menjaringkan gol hatrik bagi merapatkan jurang. Gol penyamaan (keganjialan ketiga) ada hasil tendangan bebas dari tengah padang tendang k30 yang melantung menewaskan penjaga gol. Mungkin di bantu oleh mahluk halus kerana dia sendiri tidak sedar telah menjaringkan gol.Dengan gol tesebut kroniz telah berjaya menyamakan kedudukan 4-4.  Memang mungkin telah  terlangar pantang sebelum masuk ke rimba mengakibatkan banyak kecuaian dilakukan. Semasa   perlawanan memasuki waktu magrib pasukan SM rimba telah dihidangkan dengan gol mudah bagi kemenangan kepada Pasukan SM rimba 5-4. Keganjilan terakhir ialah apabila kunci kereta seorangan pemain telah ditapuk oleh mahluk lain mengakibatkan operasi besaran-besaran dilakuan sehingga mengakibatkan post mortem di resturant d rimba lambat dimulakan. Kehilangan itu telah menyebabkan Tentera Udara yang berpengkalan berhampiran menerbangkan helikopter-helikopter pada waktu magrib dan ini telah disahkan oleh pilot tentera udara yang berada disitu ketika itu. Namun hasil bacaan beberapa orang pemain kunci tersebut telah muncul kembali dan semua pemain dalam keadaan selamat.

Komitmen pada Kronicfc tetap menjadi keutamaan Bebatup9 walaupun beliau sibuk dlm tugasan memangku!!! Bravo bebatup9.  

Seperti biasa K4 belajar menandang bola daripada K19.

K8 yang baru balik dari pertapaan di Temburong.


Aksi Kroniz 8 menjaringkan gol.




Saturday, 7 March 2009

Kroniz Ikat Lambak dengan Jaringan 3 - 3

6 Mac 2009, Maktab Duli : Kroniz berdepan dengan pasukan lambak yang menampilkan Lagenda piala Malaysia sebagai penjana serangan mereka. Pada babak pertama ternyata permainan di kuasai oleh pasukan lambak dan sekali sekala kroniz membuat serangan mengejut ke pihak lawan. Pasukan Lambak yang menguasai permainan berjaya mendahului kroniz dengan jaringan 2 - 1 Gol kroniz di jaringan oleh k20. Memandangkan permainan yang tidak seimbang, pada babak masa kedua semasa permainan hanya berbaki 20 minit, pengurus pasukan kroniz yang terpaksa berehat disebabkan kecederaan terpaksa membuat keputusan untuk mengunakan khidmat 3 trio lagenda kroniz. Bermula dengan kemasukan K3o, diikuti dengan K 18 dan seterusnya kemasukan bebatup 9 ternyata berjaya mengubah corak permainan. Dua hantaran cantik melalui k12 dan k4 kepada k 17 berjaya menghasilkan 2 gol seterusnya mendahului pasukan lawan. Walaubagaimana pun pasukan lambak bangkit semula di minit-minit akhir untuk menyamakan kedudukan. Kroniz terus bangkit dan membuat asakan pada saat-saat akhir namun perlawanan tetap berakhir dengan jaringan 3 - 3, Tahniah kepada kroniz fc kerana menunjukan semangat juang yang tinggi.




Lagenda Piala Malaysia Vs Lagenda Kroniz



Pasukan Lawan mebuat pemanasan Badan

Antara aksi-aksi hebat


K 38 mencari duit pacah beliau yang tercicir

Pemain lawan cuba menghalang k38 dari bertindak lebih agresif

k18

Friday, 6 March 2009

Kroniz Amuk Polis

28hb Februari -  kemenangan 4-2 telah menceriakan pemain-pemain kroniz setelah mengelami kekalahan hebat berturut-turut. Tambahan lagi pasukan yang di tewas bukanlah calang2 lawan. Ianya pasti bukan spesis jenis  lada atau sayur-sayuran. Kepuasan dan Kegembiraan terpancar di setiap muka pemain2 kroniz termasuk bebatup9 yang ikut tersenyum gembira walaupun ianya pasti tiada kaitan dengan kemenangan tersebut. Mengikut sumbar SMS beliau mengumumkan' rehat main bola dan aktibiti minum untuk memangku tugas isteri'.
 
Pemain kroniz cuba melepaskan 4 pemain pertahanan polis.
K19 in action
K12 mengadakan rundingan untuk memastikan kemenangan 
pada perlawanan petang itu. 
Pemain2 kroniz berkerja keras menghadang serangan lawan.

K30