Sunday 27 July 2008

Khabar dari London






Salam semua..

Manager lama yang telah menyerahkan tugas kepada manager baru telah berangkat ke London, United Kingdom selama setahun. Selama di London manager ini telah mempelajari berbagai selok belok bagaimana mentadbir kelab-kelab terkemuka di dunia seperti Chelsea fc dan arsenal fc. Maaf kelab Liverpool fc dan Manchester United alum termasuk dalam rangka lawatan kerana sensitive kepada beberapa pemain. Selain itu manager ini telah memerhatikan pengurus England (Fabio Capello) dan pemain2 England terutama pemain tua (seperti David Beckham yang bemain 100 kali bagi england) semasa perlawanan persahabatan di Wembly menentang USA dimana england menang 2 -0. Strategi-strategi telah dipelajari agar dapat digunakan nanti bila bertemu England. Selain itu beberapa perbincangan juga telah di lakukan bersama manager Nigeria di pub membincangkan stategi  semasa Euro 2008. Aspek keselamatan tidak dilupakan dengan menyaksikan 'crowd control' polis UK semasa pelawanan bola. Aspek keselamatan ini mungkin berguna semasa perlawanan kroniz fc nanti. Usaha berterusan akan di lakukan bagi menimba pengalaman dan seterusnya mempelajari selok belok mentadbir sebuah kelab. Semoga dengan usaha ini kroinz fc akan mencapai status yang sama dimasa akan datang. Saya mencadangkan motto baru kronizfc 'Together We Stand" ilham yang didapati dari Scotland.
(Beberapa gambar disertakan)

Sekian
Khabar dari London 

No comments: