Friday 26 December 2008

Kroniz FC Vs RBA

Isu daftar mendaftar tidak menjejaskan kelab kroniz, ini telah di sahkan oleh salah seorang wakil dari pengurusan team ini dalam sidang akhbar majalah Bolamania. Untuk pengetahuan ramai, kesemua pemain kroniz telah pun berdaftar di Jabatan Imigresin dan Pendaftaran kebangsaan. Hal ini telah disahkan oleh Awg. Ahmaddin selaku wakil dari Jabatan tersebut.

Berbalik kepada perlawanan terakhir Kroniz, perlawanan menentang RBA begitu hebat. Walaupun ketinggalan 3-0, namun pemain-pemain kroniz dapat bangkit untuk menyaingi pasukan lawan, namun gagal untuk menjaringkan sebarang gol, cuma mampu menyaingi sahaja.

Pada separuh masa kedua pasukan kroniz menguasai permainan di dalam dan juga di luar padang. Namun kelebihan bermain ditempat sendiri memberikan bonus untuk RBA menjaringkan lagi satu gol dan sekaligus memenangi perlawanan tersebut.

Di luar waktu perlawanan salah seorang pemain kroniz telah di berikan hadiah bukan kerana mutu permainan atau pengurusan beliau. Hadiah penghargaan ini adalah bagi Kroniz 2 yang telah berjaya mengakhiri zaman bujang beliau setelah sekian lama ..............oh...tidak lupa diucapkan tahniah juga kepada kroniz 4 yang telah tamat pengajian beliau dan selamat kembali ke arena bolasepak kroniz.

Tahniah sekali lagi kepada kesemua pemain dan pihak pengurusan kroniz yang selama ini telah mampu bertahan selama 13 Tahun dan diharap pasukan ini akan terus kekal dan semakin bertambah, meningkat, maju, dan apa-apa yang positif lah.

Akhir kata selamat Tahun baru Hijrah dan tahun baru masehi.

Antara aksi-aksi menarik semasa warming up


Kroniz 4 mula beraksi dipadang tempatan


Kroniz 14 berkerja keras untuk kekal dalam kontrek Kroniz Fc


Arch terpaksa dijatuhkan oleh pemain berkasut kuning untuk mengawal kelincahan beliau


tendangan percuma Hairol nyaris menjaringkan cuma tersasar beberapa meter sahaja

Kroniz 18

1 comment:

kroniz said...

Nda lagi lama boleh jadi Zidane tu yang dalam bolamania ah..

K4 salah tukar urg, urg uren plang d tukarnya... pintar!!

Sampat lagi c arch ah mencari belalang!!