Wednesday, 12 August 2009

Kroniz musnahkan impian JPK

Menyusul kemenangan yang tidak diduga keatas RBA Reject kroniz turun kepadang menentang JPK pada 7hb Ogos. Seperti lazimnya JPK menurunkan beberapa pemain import termasuk salah seorang bintang lama kroniz. JPK telah menunjukan aksi yang hebat dan berjaya mengawal barisan hadapan kroniz. Kehebatan JPK telah membuahkan hasil apabila mendahului kroniz 1-0 hasil tendangan kencang pemain JPK. Walaupun ketinggalan kroniz tidak berputus asa dan melancarkan beberapa serangan berbahaya. Namun ketumpulan barisan hadapan menjaringkan gol telah menyaksikan barisan pertahanan menyahut cabaran dan menunjukkan barisan hadapan bagaimana menjaringkan gol. Dari salah satu tendangan sudut pada minit 37 bola yang singgah di kaki Rosli telah ditendang leret lalu menerjah jaring lawan. Ini adalah gol nya yang pertama setelah empat tahun. Perasaan gembira tidak terhingga sehingga dia merayakan seolah-olah mendapat sampul hijau di hari raya. Kedudukan bertahan 1-1 disepruh masa pertama.

Sebaik saja permainan bermula kroniz mengekalkan permainan mereka dan dapat menjaringkan gol kedua melalui salah seorang lagi permainan pertahanan bernama Shafie. Mungkin hari ini hari pertahanan menjaringkan gol. Tercabar dengan kehandalan pemain pertahanan menjaringkan gol baru lah bahagian serang dapat menjaringkan gol melalui alinordi. keputusan akhir Kroniz 3 JPK 1.

Thursday, 6 August 2009

Kroniz Reject Kemenangan RBA

31 Julai 2009 - Sekali lagi Kroniz bertandang ke padang RBA bagi menentang Pasukan RBA Reject. Pasukan yang terdiri daripada pemain yang sering bermain di tepi padang RBA memberanikan diri untuk mempelawa Pasukan kroniz untuk bertarung. Ini bekemungkinan dari kekalahan kroniz tempoh hari di padang yang sama. Namun segala mimpi manis mereka untuk menjadi pasukan kedua yang bertemasya gol pada hari itu bertukar menjadi mimpi ngeri, apabila pasukan RBA reject tersungkur oleh pengalaman pasukan kroniz. Kroniz yang berjaya memenangi perlawanan pada hari itu dengan jaringan 3 - 1, ternyata tidak mahu pisang berbuah dua kali. Arch, Pehin dan Aliuddin menjadi wira pada pertemuan itu apabila masing-masing menjaringkan satu gol. Mutu pengadilan pada hari itu tidak begitu memuaskan menyebabkan beberapa pemain kroniz ada yang seperti mulai naik darah. Walau apa pun keputusan pada malam itu ia tidak akan mengubah tradisi pasukan kroniz kali ini perlawanan berakhir dengan pesta nan dan masala

Friday, 31 July 2009

Pelayan-Pelayan RBA hidangi Kroniz di Padang

28 July 2008 Padang RBA - Pertemuan Kroniz menentang Stewards RBA sungguh mengecewakan sekali. Perlawanan di separuh masa pertama menyaksikan pasukan kroniz bermain serba tak kena. Walaupun pada awalnya pasukan kroniz mampu bermain dengan tenang sekalipun sudah ketinggalan dua gol, namun usaha-usaha untuk mnyamakan kedudukan sering berakhir dengan kegagalan. Permainan semakin tidak teratur dan beberapa kesilapan dibuat sehinggakan pada separuh masa pertama saja pasukan kroniz dihidangkan dengan 5 biji Gol. Perlawanan yang bergerak dengan pantas dari kedua pasukan bagaikan terasa lama, seperti mengharungi pelayaran ke UK dan Transit di Dubai. Pada separuh masa kedua pasukan kroniz berusaha lebih giat untuk sekurang-kurangnya merapatkan jurang pemisah. Namun setelah wisel ditiupkan ternyata kroniz hanya mampu menjaringkan 2 gol manakala RBA berjaya menambah lagi 3 gol menjadi kan perlawana berkesudahan 8 - 2. Namun apa pun keputusan pada hari itu tidak sedikitpun meranapkan semangat pasukan ini berpesta dengan masakan-masakan ala india disebuah Restoran di Airport Mall. Tahniah kepada K17 yang mampu menyumbangkan 2 Gol pada hari itu walaupun hari itu merupakan bukan hari yang terbaik untuk beliau.

Sebagai Makluman juga kepada pasukan Kroniz K38 (Asri) pada masa ini sedang menghadapi kecederaan slipped disc dan pada masa ini terpaksa berkursi roda beliau pada masa ini bukan saja direhatkan dalam permainan malahan di rehatkan daripada bekerja selama beberapa minggu. Sama-sama lah kita mendoakan semoga beliau akan pulih dengan seberapa segera. Amin..

Tuesday, 21 July 2009

Kroniz tidak berputus asa

Pada hari jumaat yang lalu 17hb kroniz turun ke padang melayan pasukan polis limau manis (PPLM) di padang MD. PPLM telah datang awal ke padang dan meyarung jersi AC Milan. Seperti motto polis diraja Brunei 'Cepat dan Sempurna' itu lah permainan yang ditunjukkan oleh pasukan PPLM. Ketangkasan pemain PPLM seperti dalam filem Gerak khas telah menyebabkan pasukan kroniz ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama. Gol kroniz dijaringkan oleh aliuddin.

Pada separuh masa kedua permainan kedua-dua pasukan seimbang dengan berbalas-balas serangan. Kecekapan kedua-dua penjaga gol telah mengecewakan serangan kedua-dua pasukan. Namun disat-saat akhir perlawanan kroniz berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan cantik pehin. Di saat-saat kedua-dua pasukan bersedia untuk menerima kedudukan seri tidak semena-mena pehin sekali lagi berjaya menjaringkan gol kemenangan bagi kroniz menjadikan kedudukan kroniz menang 3-2.

Wednesday, 15 July 2009

Kroniz losing steam again

Pada hari ahad lepas 12 Julai kroniz sekali lagi berkunjung ke daerah tutong bertemu GGSRDT. Perlawanan pada petang itu menyaksikan pasukan kroniz tidak bermaya menangkis serangan-serangan pasukan lawan. Pada separuh masa pertama saja kroniz ketinggalan 1-4. jaring di lakukan hasil sepakan lintang Shafie yang melencong ke jaring.

Pada separuh masa kedua pemain-pemain simpanan kroniz mula bangkit bagi mengurangkan jurang perbezaan jaringan dan berjaya mangawal keadaan serta mengatur-mengatur serangan demi serangan ke kubu lawan. Serangan dilancarkan dari kiri oleh Arch dan kanan Aliuddin serta ditengah Alinordi dibantu oleh gnal dan micey. Gerakan-gerakan yang dilancarkan melemaskan pasukan lawan sehingga kroniz dapat menjaringkan tiga gol lagi.Gol-gol telah dijaringkan oleh Micey (2 gol) dan aliuddin 1 gol. Namun pasukan lawan berjaya menjaringkan satu gol menjadikan kedudukan 4-5. Serangan demi serangan terus dilancarkan ke kubu lawan namun kecekapan penjaga gol lawan telah menghalang kroniz menjaringkan gol dengan lebih banyak. Kedudukan kekal hingga ke akhir perlawanan dan kroniz seperti biasa akan merayakannya di restaurant makan kali ini di wywy tutong.

Monday, 13 July 2009

Kroniz Menang Lagi

Hasil usaha & semangat yang hi class, ??, kroniz nyaris-nyaris menjadi juara, namun nasib kurang sikit kerana beberapa masaalah teknikal seperti mengikat pelastik, keliru kiri atau kanan dan masaalah telinga pitam (kurang gula) kerana terlalu yakin untuk menang.

Walau bagaimanapun, kroniz berjaya mendapat top 22, berjaya mengalahkan
178 pasukan yang lain dan membuatkan 712 peserta yang lain kecewa dengan kebijaksanan kroniz.

Tahniah....

By Owen9