Friday 30 January 2009

SMJA Nite Match Vs MOE

Bermain pada cuaca hujan dan di permukaan padang tiruan SMJA bukan lah mudah tetapi ianya tidak menghalang pemain-pemain kroniz untuk menyasuaikan diri untuk bermain hebat. MOE rata-rata di barisi oleh pemain muda belia dan manakala pasukan kroniz rata-rata di barisi oleh pemain di peringkat beliau yang inda sadar diri. Di babak awal perlawanan, pihak lawan banyak membuat serangan bertubi2 dan berjaya membuat jaringan awal. keadaan ini telah membuat pengurusan kroniz melatah dan melontarkan kata nista seperti 'kayu'dan sebagainya. Tersentak dgn goal lawan pemain kroniz lalu bangkit dan menjaringkan beberapa goal melalui striker yg di sponsor oleh minyak rambut zam-zam. kroniz 4 juga hampir2 menjaring goal tetapi terlepas peluang di sebabkan lungar kuda-kuda. Di separuh masa kedua perlawan semakin hebat, kedua2 pasukan bersemangat untuk cuba mengatasi di antara satu sama lain dengan berbagai strategi.Pasukan lwn cuba mengunakan psychologi seperti main acah-acah memegang bola akibatnya K18 dan pemain kroniz lain naik angin dan datang niat jahat untuk menganakan 'anak penyuluru atu'. Ada juga insiden2 kotor berlaku tetapi pengadil berjaya mengawal keadaan.Pada akhir perlawan pengadil memberikan kemenangan kepada pasukan kronizfc 6-5 tetapi mengubah keputusan setelah kiran goal di buat menjadikan keputusan 5-5. Tahniah kepada semua barisan pemain kroniz yg berhempas pulas hadir dan bermain pada malam itu.
Post match menu:Pari salai,Ikan goreng manggo, Nasi ayam penyet, Gulai kankong sambal belacan, bakso, aing piasau dan sebagainya. Additional Calorie selepas perlawanan 2000cal/head.Hee..he..tangung sendiri.

K30

Antara aksi-aksi perlawanan.
Pemain berbicang mengenai apakan di ajar esuk sebelum perlawanan di mulakan!!

Special Pose bertemakan 'kayu'Bebatup9.

Aksi hebat K10 cuba membuat hantaran jauh!!.



Jercy kuning sedang mencari-cari orang yg berani merampas numbur keramatnya '21'!!

K18 melakukan terjahan maut kepada pengadil perlawanan.




Monday 26 January 2009

Kroniz Gala Nite

Pada 24hb lepas Kroniz gala nite telah dilaksanakan dengan jayanya bersama jaya band. Walaupun malam itu hujan turun dengan lebatnya namun tidak menjejaskan persembahan malam itu kerana ianya diadakan di dalam dewan. Acara malam itu diserikan dengan persembahan dari Jaya Band dan juga persembahan dari penyanyi penyanyi dari kroniz management dan pemain-pemain kroniz. Acara yang di MC kan oleh bebatup dan K18 berjalan dengan lancar. Acara yang paling hebat ialah Acara Battle of the Band yang telah berjaya memecahkan perut para penonton. 3 Band telah berentap pada mealam itu, Ad-Hoc Band, Band Kayu, dan The Sardines. Ketiga-tiga Band mempersembahkan persembahan yang hebat walaupun memakan masa yang lama untuk menyesuaikan keadaan. Kita ucapkan tahniah kepada penganjur dan juga ucapan terima kasih kepada penaja kita ALIMEN ENT. Juga tidak lupa kepada Band Undangan yang dan juga para kerabat kroniz yang hadir pada malam itu. Insyallah jika ada rezeki dan kesempatan Gathering ini akan diteruskan di masa-masa akan datang kalau pun tidak dapat seminggu sekali, setahun sekali pun sudah memadai. Pihak management akan mengusahakan untuk mengumpulkan gambar-gambar pada malam itu untuk di agih2kah kepada ahli2 kroniz, insyaallah.



Sekilas Fakta mengenai kroniz

Kroniz telah pun berumur 13 tahun, bermain melebih 500 perlawanan dengan average 40 perlawanan setahun. Ini tidak termasuk perlawanan peringkat antarabangsa.

Sebelum Nama kroniz pasukan ini di panggil pasukan milo kerna jersey hijau mereka. Kemudian dikenali sebagai carrot fc.

Nama kroniz tercetus daripada issue Mahathir dan Anwar Ibrahim, ada dua perkataan yang hebat dalam issue itu, chronies dan Sodomi, tetapi jawatan kuasa ad-hoc pada masa itu dengan bijaksana telah memilih chronies dan diubah suai ejaan menjadi Kroniz. Pengubahsuaian ejaan ini adalah perkara lumrah..contohnya Night menjadi Nite..Berbatov menjadi bebatup dsb..


K18

Thursday 22 January 2009

Game Ke 2 kroniz.

Permainan yang tidak begitu konsisten telah membawa padah kepada pasukan kroniz dalam perlawanan kedua mereka. Cuma penjaga gol di separuh masa kedua sahaja yang mempamerkan kesilapan yang konsisten selain daripada konsisten beliau tidak memakai glove. Walaupun tewas 4 - 2 ini belum lagi menjejaskan apa-apa. Ini kerana tidak ada kedudukan liga, tidak ada pasukan yang kan di uyung untuk naik ketangga atas. Gol kroniz pada malam itu di hadiahkan oleh Asri dan sulaiman. Sekali lagi pemain pertahanan Sulai berjaya menembusi gawang lawan, namun ini tidak dapat menjamin impian beliau untuk bermain di posisi serangan. Kerana barisan pemain penyerang seperti Zainal, Pyan, Ripin bebatup masih berpengalaman dalam mencetuskan idea untuk menjaringkan gol diatas kertas walaupun jarang merealisasikan nya di padang. Walaubagaimanapun keseluruhanya semangat kroniz bolehlah di berikan 5bintang pada malam itu, lebih2 lagi semangat mereka semasa berada d usof cafe.



K18 cuba dikejar oleh pemain lawan untuk menghalang beliau dari bertindak lebih ganas



K38 terpaksa dikeluarkan selepas menjaringkan gol pertama kerana kecederaan di bahagian rambut beliau


K30 membuat cuba membuat hantaran jarak jauh

Wednesday 14 January 2009

Re:Kroniz Gala Night

Salam,
Sekali lagi di peringatkan sekeras-keras kepada Kronizian yang berminat menyertai perkara di atas supaya membuat confirmation yang sejelas-jelasnya kepada GM bagi urusan menentukan jumlah kehadiran dan pengurusan rapi bagi malam tersebut. Di atas kerjasama biskita adalah sangat-sangat di harapkan. Kita hanya 10 hari.... sekali lagi 10 hari....untuk menjayakan majlis tersebut.Setakat ini penyertaan adalah amat-amat memberansangkan. Tolong inform arah GM jua samada mau booking hotel pada malam tersebut bagi tujuan membawa keluarga saja(discount available). Perlu di beritahu di sini jua, bini yang sah biskita(1st) tidak akan di kenakan bayaran untuk mlm tersebut kecuali bayaran penginapan hotel. $15 untuk kroniz saja.
Tahniah kerana memanangi perlawanan vs RBA 1-3 di padang RBA.

Sekian
Dari Pengurusan Gala nite Kroniz

Tuesday 13 January 2009

Kroniz Terbangkan RBA dengan 3 Jaringan

Selamat tahun baru 2009. Kroniz yang terselamat dri kemelut daftar mendaftar bola sepak brunei telah pun mengatur dan merancang masa depan pasukan ini bagi menyemarakan lagi arena bolasepak negara dengan pelbagai aktiviti dan perlawanan bolasepak. Perlawanan pertama pembuka tirai tahun ini telah di langsungkan di padang RBA, pada 12hb yang lalu menentang pasukan RBA pilot team kali. Pemain pasukan RBA bukan saja cekap menerbangkan Boeing dan Airbus namun mereka juga cekap bermain bola. mungkin latihan-latihan dalam simulator telah mecekap mereka. pasukan kroniz terasa tertekan pada separuh masa pertama kerana diasak bertubi-tubi oleh pasukn lawan. Pada separuh masa pertama pasukan kroniz ketinggalan 0 -1 hasil jaringan oleh pemain import RBA. (Di luar padang dalam pelawanan pemanas badan 3 lwn 3 pasukan kroniz berjaya seri 1 -1 dalam perlawanan yang hebat di mana serang-menyerang telah berlaku di antara kedua buah pasukan.) Berbalik semula pada perlawanan menentang RBA pda separuh masa kedua pemain kroniz telah berjaya menyerap serangan pasukan lawan dengan permainan yang bersemangat terutama barisan belakang sehingga membuntukan pasukan lawan bagi menembusi bentang pertahanan. Peluang ini di ambil oleh kroniz dengan mengatur serangan hendap dan mengejut kepada pasukan lawan. Gol pertama kroniz tahun ini telah dijaringkan oleh sulai melalui tandukan yang hebat dri tendngan sudut. dua lagi gol dijaringkan oleh pehin dan beberapa lagi peluang terlepas begitu sahaja. Pada akhir perlawanan pasukan kroniz telah berjaya menangi perlawanan sulung degan jaring 3 -1. Semoga semangat yang ditunjukan akan berkekalan. Sekian

Pemain dari kedua pasukan hilang arah apabila menyedari bola dan penjaga gol ghaib dari padang


Pelapor kroniz

Wednesday 7 January 2009