Tuesday 13 January 2009

Kroniz Terbangkan RBA dengan 3 Jaringan

Selamat tahun baru 2009. Kroniz yang terselamat dri kemelut daftar mendaftar bola sepak brunei telah pun mengatur dan merancang masa depan pasukan ini bagi menyemarakan lagi arena bolasepak negara dengan pelbagai aktiviti dan perlawanan bolasepak. Perlawanan pertama pembuka tirai tahun ini telah di langsungkan di padang RBA, pada 12hb yang lalu menentang pasukan RBA pilot team kali. Pemain pasukan RBA bukan saja cekap menerbangkan Boeing dan Airbus namun mereka juga cekap bermain bola. mungkin latihan-latihan dalam simulator telah mecekap mereka. pasukan kroniz terasa tertekan pada separuh masa pertama kerana diasak bertubi-tubi oleh pasukn lawan. Pada separuh masa pertama pasukan kroniz ketinggalan 0 -1 hasil jaringan oleh pemain import RBA. (Di luar padang dalam pelawanan pemanas badan 3 lwn 3 pasukan kroniz berjaya seri 1 -1 dalam perlawanan yang hebat di mana serang-menyerang telah berlaku di antara kedua buah pasukan.) Berbalik semula pada perlawanan menentang RBA pda separuh masa kedua pemain kroniz telah berjaya menyerap serangan pasukan lawan dengan permainan yang bersemangat terutama barisan belakang sehingga membuntukan pasukan lawan bagi menembusi bentang pertahanan. Peluang ini di ambil oleh kroniz dengan mengatur serangan hendap dan mengejut kepada pasukan lawan. Gol pertama kroniz tahun ini telah dijaringkan oleh sulai melalui tandukan yang hebat dri tendngan sudut. dua lagi gol dijaringkan oleh pehin dan beberapa lagi peluang terlepas begitu sahaja. Pada akhir perlawanan pasukan kroniz telah berjaya menangi perlawanan sulung degan jaring 3 -1. Semoga semangat yang ditunjukan akan berkekalan. Sekian

Pemain dari kedua pasukan hilang arah apabila menyedari bola dan penjaga gol ghaib dari padang


Pelapor kroniz

No comments: