Wednesday 10 September 2008

Pertukaran pemain


Dalam rangka lawatan ke Liverpool beberapa perbincangan telah diadakan dengan Rafa bagi pertukaran pemain. Persetujuan telah tercapai dimana pemain kroniz fc No 9 Bebatop akan ditukarkan dengan pemain Liverpool No 9 Torres bagi musim yang akan datang. Pertukaran kedua-dua pemain akan dapat menghasilkan kejayaan bagi kedua-dua buah pasukan. Pemain kroniz fc No 9 akan dilatih untuk menjadi penjaring terkemuka dunia dan pemain no 9 liverpool   akan bermain bersama kroniz fc bagi menghilangkan "stress" dan membaiki kecederaan yang kini dihadapinya. Stadium ini pula akan dirobohkan dalam masa 5 tahun bagi membina stadium yang baru dan beberapa idea telah diberikan bagi mendesign stadium tersebut. Hasil lawatan ini telah menjalin kerjasama bagi kemajuan kedua buah pasukan. Bagi makluman lawatan Man. United terpaksa dibatalkan kerana Alex Furguson sibuk bagi persiapan Hari raya yang akan menjelang. Harap maaf kerana tidak berkesempatan melawat MU. Namun dalam perbincangan dalam telefon beliau sempat mengucapkan "Selamat berpuasa dan Selamat hari raya kepada Kroniz Fc". Sekian dari kota London 

No comments: