Tuesday, 11 November 2008

Kronizfc Lawan Perumahan


Pada ahad Lepas 9 November sekali lagi kronizfc beraksi di padang kebajikan untuk melayan pasukan dari perumahan. Perlawanan pada hari itu tidak menyebelahi pasukan kroniz walaupun pemain-pemain pasukan ini telah berusaha keras untuk meyakinkan diri mereka masing-masing yang mereka masih lagi mampu untuk berlari dengan pantas dan mampu menyaingi pemain-pemain muda tapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Kekalahan kepada pasukan perumahan ini tidak memberikan kesan yang negatif kepada beberapa pemain kroniz fc, malahan ianya menguatkan lagi semangat mereka berlatih dan menaikan tahap kecergasan masing-masing, ini jelas terbukti di perlawanan lepas apabila beberapa pemain kroniz fc kelihatan berjalan mengelilingi padang RBA sebagai salah satu latihan asas bagi meningkatkan tahap stamina, mungkin di masa-masa akan datang mereka akan mula berlari-lari anak dan seterusnya berlari secara pecut.


Kaki siapakah ini?


Pemain lawan cuba melepaskan diri dari kroniz 18
Kroniz 30 cuba membuat hantaran jauh
Salah satu gambar yang menyerupai aksi liga perdana


Apa ni kau gambar ani?




Penjaga gol kroniz, poo-poo di tengah padang

Walaupun kalah namun pemain kroniz masih mampu tersenyum


Kroniz Fc Lawan CFBT

Keputusan 1 - 1, Gol Kroniz di jaringkan oleh Haseno, sepupu kepada Asimo manakala gol lawan di jaringkan oleh Cahill. Maaf gambar nya masih belum tecari di mana ku meupload. Nanti ku update.

Raya Di rumah Kroniz 18

Di paparkan beberapa gambar-gambar menarik sewaktu raya di kroniz 18. Maaf, penyiaran gambar terpaksa melalui beberapa prosedur keselamatan supaya tidak melanggar sebarang peraturan keselamatan mau pun etika, yang telah termaktub dalam perlembagaan kroniz











Saturday, 8 November 2008

KRONIZ FC & FAMILY END OF YEAR DINNER GATHERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kroniz FC merencanakan untuk mengadakan End of Year Dinner Gathering bulan December. Usulan telah di buat untuk mengadakan pada malam minggu, 20hb December 2008.
Tempat belum dapat lagi di kenal pasti.

Di minta semua untuk menyumbangkan buah fikiran mengenai dengan tempat untuk mengadakan perhimpunan tersebut dan juga aktiviti2 yang akan di adakan.

Pembayaran tergantung pada tempat dan makanan yang akan di sajikan.

Sekian untuk semua sama2 mempertimbangkan dan memikirkan.

Wassalam.

Tuesday, 4 November 2008

Game on 6/11/08

Duka cita di maklumkan game on 6 November adalah dengan ini diteruskan juga walaupun saya sibuk bertugas ketika itu. I will join masa post match mtg. Selepas balik dari kontroversi F1, ke US election & UK - Champion Lg, saya sibuk dgn tugas2 lain.
Pemain-pemain diharap jgn mental, kerana lawan tani mostly putih2 dan ada masaalah budi & bahasa.

Adalah diharapkan pemain2 yg involve perlawanan antara zon2 akan dpat hadir..

Good Luck
..

Bebatup 9

Sunday, 2 November 2008

KRONIZ NEXT GAME

6/11/2008 (Thursday)
Padang RBA
Kick Off 1630hrs (Maghrib awal kali ah)
Lawan Org Putih FC


9/11/2008 (Sunday)
Padang Kebajikan
Kick off 1630hrs
Lwn Perumahan

Di minta kerjasama semua pemain supaya dapat menghadirkan diri lebih awal.Kepada pemain2 yang bekerja di sebelah petang pada hari khamis supaya dapat memohon keluar dari ketua masing2.Sila ajukan permohonan dengan salinan jadual ini.

Kedua2 perlawanan ini amat penting kerana ini akan di jadikan benchmark bagi kronizfc dalam menentukan tim yang akan di lawan di masa akan datang.

Pemain2 di sarankan untuk mempertingkatkan lagi stamina dan skill masing2. Ini akan mempermudahkan lagi Tactical Manager untuk mengatur dan menyusun strategi pasukan. Semoga dengan adanya Tactical Manager yang baru pulang berkursus dari UK ini dapat menaikkan lagi tahap permainan KronizFC ketahap yang sama dengan Team2 yang Top di British Premier League dan dengan sendirinya menjadikan KronizFC wakil Pasukan bolasepak kebangsaan untuk bersaing di Asian Cup.

Post game gathering bagi kedua2 perlawanan akan di adakan di restoran ayam masala........