Saturday, 21 November 2009

Kroniz tersungkur di padang becak

19hb Gadong: Pada hari khamis yang lepas di padang MD kroniz di pertemukan dengan pasukan MBS United. Hujun yang turun sejak pagi telah mengakibatkan padang MD becak dan perlawnan diadakan di dalam lumpur. Kehadiran pemain-pemain kroniz juga mengecewakan kerana perlawanan di langsungkan dengan sembilan orang pemain sahaja. Pasukan MBS united yang rata-rata pemain-pemain nya separuh umur pemain kroniz begitu pantas menggunakan kesempatan dan mengasak kubu kroniz bertali arus. Dengan kuderat yang ada dan tulang empat kerat pemain-pemain cuba bertahan dengan sedaya upaya. Kepantasan larian pemain pemain MBS gagal dihalang namun semangat yang tidak sedarkan diri kroniz dapat menyaing kehebatan pemain MBS.

Namun, walaupun berbagai usaha dilakukan dengan semangat yang ada, akhirnya kroniz lemas juga dalam lumpur apabila salah satu hantaran lintang MBS gagal dikawal oleh kroniz menyebabkan terhasilnya satu gol oleh MBS. Gol tersebut tidak melemahkan kroniz namun sedaya upaya mengawal perlawanan. Di separuh masa kedua dengan kecukupan pemain kroniz cuba bangkit danterus mengasak ke kubu MBS. Namun keadaan padang yang becak telah menghalang kroniz dari membuat hantaran dan larian yang tepat arah sasaran. Penolong pengurus Aripin yang bemain dengan cemerlang sepenuh masa dan temuntah-muntah ditengah padang tetap meneruskan perlawanan sehingga ke wisel penamat kerana tidak ada penganti. keputusan perlawanan kroniz 0 MBS United 1 Tabik hormat patut diberikan kepada pemain-kroniz kerana semangat yang tidak sedarkan diri. Sekian

Inilah ekspresi wajah k18yg keletihan setelah berhempas pulas bermain sepenuh masa sehinggakan beliau hampir mengalami kekajangan otot. However Bravo! he deserved to have Nasi kari ayam + Limau kapas jus and ABC after game.

Congrats!! jua kpd kronizian yg bermain ptg atu kerana menunjukan semangat juang yang tinggi dan sejati.
P/s: kalau kepisan tanggung sendiri!!. K18, Ada ku ngambar kau kan ptg atu ?..


No comments: