Pada perlawanan kali ini, Kroniz telah bertandang ke padang Sekolah Menengah PAP Hjh Masna di Kg Lambak Kanan untuk merasai kebagusan padang tersebut yang mana Kroniz mungkin akan kerap bermain di sana. Ternyata padang tersebut bukan sehebat padang di Mini Stadium JP atau Padang Polis tetapi boleh dikatakan lebih baik dari padang-padang yang pernah team KroniZ kecapi...
Berbalik ke kisah perlawanan, team Kroniz sekali lagi bertemu dengan team yang tidak asing lagi dengan kitani iaitu team Jbt Kuriculum yang juga terdiri dari ahli team Kroniz jua.. Pemain-pemain JPK ini mempunyai kaki-kaki yang sebanding dengan pemain kroniz jua dan tidak hairanlah perlawanan kali ini bolehlah dikatakan seimbang.
Perlawanan dimulakan dengan kekurangan pemain-pemain di kedua-dua pihak. Mungkin ada yang sesat oleh sebab mencari di mana padang sekolah tersebut memandangkan sekolah tersebut adalah sekolah perempuan...
Dipendekan cerita, team kroniz mendahului pihak lawan dengan tandukan yang boleh dikatakan tajam oleh K13 yang juga terperanjat dengan peluang menanduk itu... semuanya hasil dari sepakan sudut yang berbiasanya on target....
Keadaan padang juga memaksa kedua-dua pihak untuk bermain lebih titih dan lutanan untuk menjaringkan gol kemenangan... akhirnya pengalaman dan usaha Kroniz berhasil mendapatkan gol kedua melalui sepakan lintang K13 lagi...
Pihak lawan tidak balik dengan hampa apabila mendapat jaringan saguhati ihsan Team Kroniz sebagai mengenangkan persahabatan team lawan selama ini...
Gambar tidak dapat dimuatkan pada kali ini oleh sebab jurugambar-jurugambar beraksi dan juga lupa membawa kamera... sekian sahaja dilaporkan.. maju sukan untuk negara
Keputusan akhir KroniZ FC 2- 1 JPK
1 comment:
pikir padang pap smear ani padang plastik, ckit lagi ku bawa kasut futsal.
tapi sal ada peluang, bagus jua lah padang atu dari padang stadium negara. kitani dapat merasa keadaan berbeza tanah2 yang ada di muka bumi, terutama bagi guru2 geo.
terima kasih K9..
Yang benar
K23
Post a Comment