Bermula separuh masa kedua pasukan kroniz membuat beberapa pertukaran dengan susunan 4-2-4. Pasukan kroniz menggunakan formation ini kerana ramai pemain yang bermain di separuh masa kedua adalah pemain bahagian hadapan. Strategi ini tidak menjadi kerana bahagian tengah telah dikuasai oleh pemain-pemain Perkasa. Kepincangan ini telah digunakan oleh Perkasa dengan sebaiknya dan berjaya menjaringkan gol pertama. Setelah merapatkan jurang pasukan Perkasa lebih bersemangat dan terus mengasak kubu kroniz. Pasukan kroniz mula tengelam dan peluang-peluang bagi menjaringkan gol telah dipersia-siakan oleh pemain-pemain kroniz. Perkasa akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada saat azan magrib berkumandang. Keputusan akhir perlawanan seri, Kroniz 2 - 2 Veteren Persaka.
Friday, 16 October 2009
Wasted chances
16hb Gadong: Perlawanan pada petang ini di padang Maktab Duli menyaksikan pasukan kroniz bertemu dengan Veteren Persaka. Pasukan Perkasa sememangnya pasukan yang hebat di era 90an dan telah menyertai beberapa kejohanan tempatan temasuk liga division satu Brunei. Kelibat pemain-pemain Perkasa walaupun telah meningkat usia namun masih kelihatan fit dan berkaki kurus. Perlawanan pada separuh masa pertama seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Kehebatan kedua-dua pasukan yang berpengalaman ini telah menaikkan debu-debu padang MD. Kroniz tidak menaruh harapan tinggi menentang pasukan Perkasa yang telah mempunyai reputasi yang hebat. Namun hasil usaha kegigihan dan kesungguhan pemain-pemain kroniz, kroiz telah berjaya mendahului Perkasa melalui larian kencang Aming pada sebelah kanan padang dan terus membuat sepakan cantik ke pejuru gawang menewaskan penjaga gol Perkasa. Gol tersebut telah meningkatkan semangat pasukan kroniz dan terus memperkemaskan permainan. Usaha kroniz berjaya apabila gol kedua menyusul hasil dari sepakan sudut fendi yang ditanduk masuk dengan kencang oleh Sulai ke gawang perkasa. Pada separuh masa pertama kroniz telah berjaya mendahului Perkasa 2-0.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment