24hb Okt. 2009 - Membuka lipatan sejarah - "KRONIZ AMALKAN AJARAN SESAT.20 Mac 2009, Padang Soas - Amalan sesat di definisikan sebagai mengamalkan atau mempraktikan perkara yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya dilakukan. Dalam perlawanan ini ada beberapa amalan yang salah dilakukan oleh pemain2 kroniz sehinggalah mebawa padah". Ini adalah antara ungkapan-ungkapan panas pelapur pada pertemuan lepas dengan team yang sama sehinga kecundang dengan jaringan 7-6.
Tetapi hari ini kroniz telah kembali pada ajaran yang lurus dengan bermain penuh disiplin dan bersemangat walaupun kumpalan-kumpalan lemak ketupat, kelupis, kuih mur dsb masih banyak tersemat di dending perut pemain. Gerakan sulong yang cantik pada minit pertama perlawanan berjaya di manafatkan dengan jayanya. Bermula dari Golie - K30 to K13 to Asri dan tandukan gol cantik K12. Di babak seterusnya pemain2 SOAS banyak membuat banyak membuat serangan dan tekanan sehingga defender tertekan dan membuat kesilapan. Hasilnya SOAS berjaya menyamakan kedudukan. Selepas itu pemain kroniz bingkas bangun berusaha membuat serangan bertalu arus sehingga gawang SOAS berdentuman beberapa kali tetapi tidak mendatangkan gol.
Pada babak kedua, perlawanan semakin sengit, kroniz telah memasukan nafas-nafas baru
seperti Pehin, arch bagi menguatkan jentera pasukan. Dengan itu Kroniz berjaya mengimbangi permainan SOAS yg kebanyakannya terdiri orang muda dan kaki kurus. Di separuh masa kedua kroniz hanya berjaya menjaringkan satu gol saja melalui Asri.
Antara aksi penting pada babak kedua, K18 telah masuk mengantikan pemain kroniz yg pastinya tidak relevant lagi. kemasukan beliau adalah semata untuk memenuhi ruang-ruang padang dan syarat perlawan 11 orang walaupun beliau berimiginasi seperti Owen masuk ke padang pada last minit game. Sayup2 di luar padang ternampak K19 dan K30 membuat warmdown di track.He..he...
Kronizfc 2 SOAS 1.
Tahniah. Keep up our good performance.
No comments:
Post a Comment