Wednesday, 29 April 2009

Kroniz grounded RBA

Hari ini 29hb kroniz dipertemukan dengan flight operation RBA yang dibarisi oleh pilot-pilot muda. Mungkin disebabkan oleh selesama babi banyak flight RBA digrounded bagi mengelak negara kitani di jangkiti wabak tersebut. Kesempatan ini digunakan oleh pilot-pilot RBA dengan sebaiknya dengan menunjukkan skil-skil dan kepantasan mereka bermain bola. Alhamdulillah pemeriksaan keatas pemain-pemain sebelum bermain tidak ada menunjukkan simptom wabak tersebut dan telah diluluskan halal. Permainan pada petang itu seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan kepantasan pemain-pemain RBA memaksa pertahanan kroniz berkerja keras. Dengan kuderat yang ada pemain-pemain kroniz cuba menghalang pemain-pemain pantas RBA. Usaha kroniz yang bermain seperti biasa akhirnya dapat menjaringkan gol pertama oleh pemain legenda Pyan akan dengan tenang memperdayakan penjaga gol RBA dengan tendangan yang cepat tapi sempurna menuju ke jaring. Dia seolah-oleh ingin membuktikan skil menjaringkan gol setelah mengidam menjaringkan gol sejak tiga perlawanan yang lalu.

Pada separuh masa kedua pasukan kroniz mengekalkan rentak permainan mereka dan digasak oleh RBA bagi manyamakan kedudukan. Dengan kelekaan RBA mencari gol pasukan kroniz membuat serangan hendap dan mengejut lalu menjaringkan gol kedua melalui aki. Disinilah bermula cabaran kelekaan selalu terjadi namun pawang yang didatangkan dari limbang menerusi temburong telah menjadi sehingga pasukan RBA susah hendak menjaringkan gol. Beberapa percubaan mereka terkena palang dan tiang. Penjaga gol kroniz sendiri mengakui keajaiban yang berlaku apabila dia sudah terjatuh namun tidak semena-semena bola ada ditangannya. sungguh ajaib. Dengan kedudukan 2-0 dan dibantu oleh penjaga gol mistri mimpi syakila kroniz akhirnya menang 2-0. Jarang sekali kroniz tidak dapat dibolosi.Wallahualam...

Post mortem di adakan di denna dengan hidangan nasi beryani ayam, kambing, nan butter ayam masala, daging kurma, sayur kari dan entah apa lagi semuanya licin. K8 keluar dari pertapaan
K18 terpaksa membuat jaringan secara placing setelah melihat pemain pertahan berada dalam ketakutan dikhuatiri k18 membuat tendangan maut beliau yang selama ini telah banyak mencederakan beberapa orang penonton


2 comments:

kroniz said...

kenal ku tu depen yang ketakutan ah.. hahahaa... yang teruk sekali depen yang menjaga sampai d luar ah, luan mambagi ijap tah tandangan ujung batis legenda pyan atu...

komentar K23
sasak ku eh sal nada kemera kan ngambar aksi xxx K343?

kroniz said...

hehe nda apa ujung batis benayoun pun score pakai lemak paha