Sunday, 26 April 2009

Kronizfc seri lagi

Pada 24hb April sekali lagi pasukan kroniz turun ke padang bagi menyemarakkan dan memajukan pemainan bolasepak di negara ini. Kali ini pasukan lawan ialah pasukan dargon ball yang dibarisi pemain remaja yang bakal menjdi asset negara. Perlawanan pada petang itu seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan. Tidak ada yang menarik kan diceritakan pada separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0. Pada separuh masa kedua pasukan kroniz telah menukar hampir kesemua pemain dan menurunkan pemin-pemain simpanan serta sekali lagi mengaturkan ayam tambatan Alinordi mengemudi serangan. Strategi kali ini menjadi kerana alinordi telah menjaringkan gol pertama. Namun kelekaan seperti biasa pasukan kroniz leka dibuai mimpi dan ini telah digunakan oleh pasukan dragon ball untuk menjaringkan dua gol. Setelah ketinggalan sekali lagi pasukan kroniz tersedar dari mimpi dan dapat menyamakan kedudukan menjadikan 2-2 hasil jaringan Aki. Seperti disambar kilat pasukan dragonball sekali lagi menjaringkan gol menjadikan kedudukan 2-3. Perkara ini meresahkan pasukan kroniz dan membuat beberapa pertukaran stategik dengan dan berhasil menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir perlawanan menjadikan kedudukan 3-3 dijaringkan oleh ayam tembatan Alinordi. Pada kesimpulannya walaupun bermain dengan pasukan remaja pasukan kroniz masih dapat menyaingi mereka. Namun kelekaan dan kerap dibuai mimpi yang indah walaupun ditengah padang adalah musuh utama pasukan kroniz bagi mencipta kemenangan. Tidak lah sah permainan kalau pasukan lawan tidak menjaringkan tiga biji gol dadalam sesuatu perlawanan. Akhir sekali mungkin sudah tiba kroniz memikirkan untuk mencari pawang bagi menghalang pasukan lawan menjaringkan gol kerana umur lanjut beberapa orang pemain yang bermain hanya kerana nafsu. Sekian... 'air yang tenang jangan disangka tidak berikan'. P.S. Postmortem perlawanan di adakan di Restaurant Sengkurong Nasi Padang. Berbagai hidangan nasi padang tersedia seperti gulai nangka, ikan bakar surabaya, daging redang, sotong, udang dan sambal hijau. Semua masakan pedas-pedas sehingga mengeluarkan peluh mengalahkan peluh bermain bola.

Penyokong kroniz bersuka ria walaupun kroniz hanya mampu seri



No comments: