Saturday, 20 June 2009

H1N1 Alert


Amoiku!!

Kronizian,

Pada hari ini 20th.Jun 2009,Di samping kita bergumbira merayakan kemenangan DPMM FC yang kita sama-sama kagumi dan menyesali akan kakalahan kitani, kita juga di kejuti dengan confirmnya kes pertama Flu Virus H1N1 di Brunei. Di sini peramba saya mengambil kesempatan menasihati pemain2 Kroniz dan keluarga supaya lebih berwaspada dan peka pada lapuran dan nasihat semasa dari MOH melalui Media bukannya dari pelapur CNN yg tidak bertauliah. Pemain di nasihatkan supaya meningkatkan penjagaan kesihatan asas masing2 seperti mencuci tangan, mencuci kasut bola dan stokin selepas main, membanyakkan makan buah-buahan bagi menguatkan immune system biskita bukannya nasi bryani, ikan bakar atau sambal sotong. Juga Banyakkan minum air bukan teh tarik. Juga di nasihati menghindari keluar negara tanpa tujuan penting terutama pada musim cuti sekolah ini pasal banyak perlawanan kroniz yang akan berlansung. Nasihat untuk tidak berkumpul ramai minum selapas game akan di pertimbangkan semula kerana ditakuti ada ahli2 yg mengamuk.Hee..he.. another incurable chronic virus amongst kronizian. I better named it 3rd half virus coded H1xxN30.

Peringatan keras,Di minta pemain kroniz yg terasa dirinya DEMAM dan mempunyai simptom2 terutama selepas dari keluar negara supaya tidak memajal hadir ke padang walaupun rasa ketagihan kan main yang teramat. Di nasihati supaya berjumpa ke klinik-klinik berdekatan biskita bagi membuat pemeriksaan bukannya berjumpa medic kroniz di padang.

p/s -Jangan memakai facemask semasa bermain bola.

Sekian
PC MedicKroniz.

Friday, 19 June 2009

Hanya kroniz mampu tewaskan kroniz

Itu lah yang terjadi petang tadi. Perlawanan petang ini menyaksikan kroniz bertemu dengan THG. Ramai pemain kroniz yang turun ke padang mungkin kerana mengelakkan dari dijangkiti wabak HINI dengan tidak ke luar negara. Namum pasukan lawan hanya tujuh orang yang hadir. Oleh kerana ketidak cukupan pemain, pasukan kroniz telah meminjamkan beberapa orang kroniz bagi mengimbangi perlawanan. Apa yang mengejutkan kroniz ialah pemain-pemain yang dipinjam telah bermain dengan cemerlang dengan mengatur beberapa serangan yang menkucar-kacirkan pertahanan kroniz. Mereka seolah-olah ingin membuktikan kehebatan mereka kerana sering di simpan sebagai pemain simpanan. Inilah peluang mereka menunjukkan kehebatan mereka. Dari satu tendangan sudut Aripin (salah seorang pemain kroniz yang dipinjam) yang memakai baju agak sempit telah berjaya membuat rembatan yang kencang menewaskan penjaga gol kroniz. Dengan gol tersebut pasukan THG telah mendahului 1-0.

Pada separuh masa kedua permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan agak berhati-hati dan kroniz sukar menembusi pertahanan lawan. Perlawanan pada petang ini telah dimenangi oleh pasukan THG dengan jaring 1-0. Seperti yang selalu dikatakan hanya kroniz bisa mengalahkan kroniz. Jaringan Aripin (pemain legenda kroniz) telah membukti kenyataan itu.
Kroniz fc juga ini mengucapkan tahniah kepada DPMM FC kerana telah menjadi pasukan luar pertama yang memenangi Singapore league Cup 2009. Di harap kejayaan tersebut akan membangkitkan semangat gegar-gegar bagi memenangi perlawanan seterusnya. Kroniz fc pula akan terus menyemarakkan bolasepak tanahair dengan mengadakan lebih banyak perlawanan yang hebat-hebat. Hip-Hip Horay...3x (sorakan stail lama). Sekian

Sunday, 14 June 2009

Kroniz diganasi oleh DPMM Mgt

K18 di datangi Aura di akhir perlawanan!!!

K10 cuba menganas tpi percobaan2 beliau di tepis dgn selesa.
Klu bukan DPMM Mx. pasti usaha beliau bebalui!!.

Aksi2 hebat pemain2 kroniz.
Bebatup9 tidak bermain pada mlm itu bagi
memulih dan mengumpul tenaga bagi pekara lain.


Spiderman terpaksa menjaga 2 pintu gol, psal atu tah banyak
jaringan pada malam atu.
K18 membuat latihan2 tandangan silang tpi sayang tidak
kesampaian di aplikasikan!!

K13 di bilik persalinan club kroniz

Pemain kroniz membincangkan corak permainan yang akan digunakan

Bergambar ramai sebelum perlawanan untuk menambahkan tahap konfiden

Dari belakang pemain kroniz kelihatan tak tumpah seperti skuad piala dunia Belanda

Begitu ceria 4 rangkaian pemain Legenda Kroniz, kerana belum mengetahui sekuat mana team yang di lawan mereka


Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Bagaikan cerita filem P.Ramlee 'Tiga Abdul' kroniz telah diganasi oleh Dpmm mgt walaupun pada perlawanan sebelumnya kroniz telah menganasi pasukan mindef staff HQ. Itu lah balasan bila kroniz menganasi pasukan lain, dunia ini hanyalah roda sekejap diatas dan sekejap dibawah sentiasa berputar . Dpmm fc yang baru melayakan diri keseparuh akhir league cup singapura sehari sebelum telah membuktikan kekuatan mereka sehinggalah ke pasukan management mereka. Perlawanan pada malam sabtu 13 hb June telah mengajar kroniz banyak perkara: 1. Pemain tidak biasa main bola pada waktu malam. 2. Pemain tidak biasa main padang rata seperti di stadium jerudong. 3. Pemain tidak biasa bermain full time iaitu 1jam 30minit. 4. Pemain tidak biasa adanya pengadil dan penolong2 pengadil 5. Pemain-pemain sedar meraka sudah tidak secergas dahulu. 6. Ramai pemain-pemain masih merasa gemuruh bertemu pasukan handal seperti dpmm mgt. Walaupun bagai-bagai alasan diberikan yang nyata kroniz perlu sedar tinggi rendahnya langit dan bumi.

Perlawanan pada malam itu menyaksikan kroniz yang mula-mula menumpahkan darah apabila Aming membuat tendengan leret menewaskan penjaga gol dpmm. Selepas itu dpmm telah mula mengawal permainan mereka dan menjaringkan empat gol meninggalkan kroniz 4 -1 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua pemain-pemain legenda telah dimasukkan bagi mengawal bahagian tengah dan telah membuktikan kehebatan mereka sehingga kroniz berjaya menjaringkan dua gol melalui hj fendi. Gol pertamanya adalah melalui hantaran Arch ke leret dihadapan gol dapat di sambar oleh hj fendi dan yang kedua melalui penalti. Apakan daya setelah merapatkan jurang menjadikan 4 -3 pemain-pemain legenda mula pancit kerana kehandalan mereka hanya dapat bertahan selama 20 minit sahaja. Kelemahan ini telah digunakan sepenuhnya oleh dpmm dengan menjaringkan tiga gol lagi menjadikan kedudukan penuh kroniz diganasi dpmm mgt 7 -3.

Kekalahan yang agak besar ini tidak melemahkan semangat pemain-pemain kroniz kerana sambutan kekalahan telah dilakukan di KTM dan dihadari hampir semua pemain. Disinilah pemain-pemain menunjukkan kehandalan sebenarnya dengan menumbangkan makan-makan yng terhidang. Kroniz tetap bersemangat dan masih tidak sedarkan diri kerana ada cadangan bagi kroniz berlawan dengan QAF, AH united, Gunners dan pasukan-pasukan kuat yang lain bagi meningkatkan standard dan stamina pemainan kroniz. Sekian saja dapat dilapor dan Selamat bercuti sekolah. Bagi yang bercadang bercuti keluar negeri disarankan berhati-hati kerana wabak selsema babi telah diistiharkan ke tahap pendemik.

Tuesday, 9 June 2009

Kroniz mengganas di Bolkiah kem

Hari ini 9hb Jun kroniz ditemukan dengan mindef staff HQ. Walaupun penat bekerja ramai pemain datang ke padang lepas waktu kerja sehingga ada yang melajukan meeting agar dapat keluar tepat pada waktunya. Kelibat beberapa orang pemain yang lama tidak turun kerana cedera dll juga menaikkan semangat kroniz. Pasukan mindef menurunkan pemian-pemain yang kurang lebih sma perumuran dengan kroniz. Mindef juga menurunkan beberapa pemain heavyweight bagi mengimbangi pemain heavyweight kroniz. Kalau ditimbang kedua-dua pasukan menurunkan pemain yang seimbang dan seiris seperti pinang dibelah dua. Apa yang membezakan kedua-dua pasukan ialah strategi penyusunan pemain dan tektikal permainan. Mungkin pengelaman kerap bermain dan masih tidak sedarkan diri menyaksikan jurang perbezaan permainan kedua-dua pasukan. Apa tidaknya separuh masa pertama saja kroniz mendahului 4 -0 hasil jaring penalty asri, setarusnya diikuti jaringan sapai alinordi dan sekali lagi asri.

Pada separuh masa kedua pertahan kroniz kucar kacir sedikit apabila Sulai tidak mau bermain di bahagian pertahanan terpaksa diketuai oleh Azmin dan Rosli sebagai tulang belakang. Gandingan kedua pemain ini kurang serasi kerana baru pernah bermain diposisi tersebut. Namun kroniz yang bermain bagaikan tidak sedarkan diri walaupun anak bini menunggu dirumah terus manganas di separuh masa kedua dengan menambah 3 gol lagi hasil jaringan sulai, hadji dan awang. Setelah mendahulu 7-0 baru lah mindef bersemangat dan dapat memperdayakan pertahanan dengan menjaringkan 2 gol. Kalaulah pemainan disambung masa tambahan selama 1 jam mungkin mindef dapat menyamakan kedudukan. Penjaga gol kroniz menyalahkan sarung tangan yang licin namum setelah diteliti kembali sememangnya sarung tangan yang digunakan buatan cina mungkin tiruan walaupun harganya mahal. Keganasan kroniz smpai di situ sahaja setelah mendahului 7-2 kerana beberapa percubaan pemain hadapan kurang sempurna dan ada pemain menggunakan skil 70'an yang mudah dipatahkan oleh pertahanan lawan. Mungkin selepas ini pemain-pemain kroniz perlu sedar bahawa zaman telah berubah, umur telah meningkat dan skil-skil 70'an tidak berkesan lagi pada zaman ini. Kemenangan agak besar jarang kedengaran bagi kroniz bagaikan musim buah epal di brunei yang jarang-jarang berlaku.
Postmotem perlawanan diadakan di restaurant 'D other office' yang mana minuman tinnya berharga $2.00 namun management restaurant telah membagi discount 10% dan duit itu telah dibahagi sama rata dikalangan pemain yang tinggal. Pemain-pemain terus mengganas melicinkan makanan yang ada bagi meraikan kejayaan yang jarang-jarang berlaku ini.
Gambar-gambar sempat dirakam menggunakan kamera telepon bimbit E71.. Kamera yang besar ada dibawa tetapi dikhuatiri akan ditapis atau dirampas oleh guard di pintu keluar nanti...
7 gol tetapi hanya seorang dalam gambar ini yang menjaringkan satu gol....



Pasukan mindef staff hq pening lalat setelah meliat keramaian pemain kroniz yang hadir


K30 masuk padang setelah mendengar nasihat-nasihat pemain-pemain legenda KroniZ.....


K2 dan yang lain masih tak percaya dengan kemenangan besar Kroniz kemarin....

Friday, 5 June 2009

Live EPL Teams

Kepada peminat-peminat Liverpool Fc dan Manchester United FC adalah dimaklumkan bahawa kedua-dua pasukan ini akan mengadakan perlawanan ke rantau sebelah sini pada bulan julai nanti.  Package berikut di sediakan oleh XXXXX bagi perlawanan-perlawanan tersebut.

3D 2N Liverpool FC in Singapore
(25th -27th July 2009)
from   B$ 595 2 to GO package
   B$ 659 group package

3D 2N Manchester United FC in kuala Lumpur
(17th-19th July 2009)
from B$705 group package.

Mana-mana pemain yang berminat di minta membuat rundingan awal agar jadual perlawanan kronizfc tidak tidak terganggu. Kebenaran hanya akan diberikan 'on case by case basis' oleh management kroniz fc. Pemain-pemain diminta berhati-hati kerana kedua-dua negar ini telah dijangkiti virus selesma babi.

Sekian iklan di taja oleh XXXXXX...

Thursday, 4 June 2009

Kalah bukan bererti tewas

Hari in 4hb June kroniz turun ke padang MD melayani pasukan AHG (Anak Hj Ghanin). Perlawanan hari ini meyaksikan kroniz gagal memamerkan aksi sebenar walaupun menurunkan spiderman sebagai penjaga gol. Kroniz terpaksa bekerja keras bagi mengimbangi pasukan lawan yang bermain dengan bersemangat. Padang yang keras dan berdebu menambah kesukaran bagi kroniz mengawal permainan. Pada separuh masa pertama kroniz ketinggalan 
0-1.

Di separuh masa kedua psukan AHG menambah 2 lagi gol meninggalkan kroniz 0-3. Seperti kereta diesel yang lambat panas setelah ketinggal 3 gol barulah kroniz tersedar dari mimpi dan bangkit menyerang bertalu-talu ke kubu lawan. Usaha berterusan itu menghasilkan dua gol melalui eddy dan alinordi. Gol ali nordi menimbulkan sedikit krotrovasi dimana pasukan lawan membantah gol tersebut namum pengadil perlawanan tetap degan keputusan memberikan gol tersebut. Dalam usaha menyamakan kedudukan dan semangat kroniz yang berkobar-kobar takdir telah menentukan yang kroniz akan kalah pada hari ini dengan berkumandangnya azan magrib. keputusan penuh masa kronizfc 2-3 AHG. Perlawanan
hari ini menyaksikan keunikkan kroniz yang walaupun ketinggalan tiga gol kroniz tidak panik dan masih bersemangat untuk meyamakan kedudukan. Kalaulah semangat ini timbul di awal perlawanan mungkin keputusan akan menyebelahi pasukan kroniz. Apa-apapun walaupun kalah namun kroniz belum pasti tewas. Jumpa lagi di perlawanan seterusnya.  Gegar-gegar kronizfc.