Tuesday, 9 June 2009

Kroniz mengganas di Bolkiah kem

Hari ini 9hb Jun kroniz ditemukan dengan mindef staff HQ. Walaupun penat bekerja ramai pemain datang ke padang lepas waktu kerja sehingga ada yang melajukan meeting agar dapat keluar tepat pada waktunya. Kelibat beberapa orang pemain yang lama tidak turun kerana cedera dll juga menaikkan semangat kroniz. Pasukan mindef menurunkan pemian-pemain yang kurang lebih sma perumuran dengan kroniz. Mindef juga menurunkan beberapa pemain heavyweight bagi mengimbangi pemain heavyweight kroniz. Kalau ditimbang kedua-dua pasukan menurunkan pemain yang seimbang dan seiris seperti pinang dibelah dua. Apa yang membezakan kedua-dua pasukan ialah strategi penyusunan pemain dan tektikal permainan. Mungkin pengelaman kerap bermain dan masih tidak sedarkan diri menyaksikan jurang perbezaan permainan kedua-dua pasukan. Apa tidaknya separuh masa pertama saja kroniz mendahului 4 -0 hasil jaring penalty asri, setarusnya diikuti jaringan sapai alinordi dan sekali lagi asri.

Pada separuh masa kedua pertahan kroniz kucar kacir sedikit apabila Sulai tidak mau bermain di bahagian pertahanan terpaksa diketuai oleh Azmin dan Rosli sebagai tulang belakang. Gandingan kedua pemain ini kurang serasi kerana baru pernah bermain diposisi tersebut. Namun kroniz yang bermain bagaikan tidak sedarkan diri walaupun anak bini menunggu dirumah terus manganas di separuh masa kedua dengan menambah 3 gol lagi hasil jaringan sulai, hadji dan awang. Setelah mendahulu 7-0 baru lah mindef bersemangat dan dapat memperdayakan pertahanan dengan menjaringkan 2 gol. Kalaulah pemainan disambung masa tambahan selama 1 jam mungkin mindef dapat menyamakan kedudukan. Penjaga gol kroniz menyalahkan sarung tangan yang licin namum setelah diteliti kembali sememangnya sarung tangan yang digunakan buatan cina mungkin tiruan walaupun harganya mahal. Keganasan kroniz smpai di situ sahaja setelah mendahului 7-2 kerana beberapa percubaan pemain hadapan kurang sempurna dan ada pemain menggunakan skil 70'an yang mudah dipatahkan oleh pertahanan lawan. Mungkin selepas ini pemain-pemain kroniz perlu sedar bahawa zaman telah berubah, umur telah meningkat dan skil-skil 70'an tidak berkesan lagi pada zaman ini. Kemenangan agak besar jarang kedengaran bagi kroniz bagaikan musim buah epal di brunei yang jarang-jarang berlaku.
Postmotem perlawanan diadakan di restaurant 'D other office' yang mana minuman tinnya berharga $2.00 namun management restaurant telah membagi discount 10% dan duit itu telah dibahagi sama rata dikalangan pemain yang tinggal. Pemain-pemain terus mengganas melicinkan makanan yang ada bagi meraikan kejayaan yang jarang-jarang berlaku ini.
Gambar-gambar sempat dirakam menggunakan kamera telepon bimbit E71.. Kamera yang besar ada dibawa tetapi dikhuatiri akan ditapis atau dirampas oleh guard di pintu keluar nanti...
7 gol tetapi hanya seorang dalam gambar ini yang menjaringkan satu gol....



Pasukan mindef staff hq pening lalat setelah meliat keramaian pemain kroniz yang hadir


K30 masuk padang setelah mendengar nasihat-nasihat pemain-pemain legenda KroniZ.....


K2 dan yang lain masih tak percaya dengan kemenangan besar Kroniz kemarin....

No comments: