Showing posts with label Kroniz 10. Show all posts
Showing posts with label Kroniz 10. Show all posts

Sunday, 31 August 2008

Kasut baru....




Diatas adalah kasut kasut baru yang akan digunakan untuk menjaringkan gol-gol dengan lebih banyak lagi. Ada kasut yang akan digunakan bagi latihan saja. Kasut Puma King adalah kasut antik telah diberi nafas baru yang akan beraksi pada tahun 2009 nanti. Semoga kasut-kasut ini akan membawa kecemerlangan kepada pasukan kroniz nanti. Pemain yang akan memakai kasut kasut ini kini telah menyaksikan beberapa perlawanan Liga Inggeris di london dan akan mengunakan skil-skil yang di pelajari dalam perlawanan akan datang.  Dengan adanya kasut-kasut ini stok kasut pemain ini akan bertahan selama tiga tahun. Nada lagi payah ke Labuan atau ke Miri membali kasut. Kasut kasut ini akan cuba menjaringkan seberapa banyak gol yang diperlukan pada musim-musim akan datang.

Kasut harapan

Inilah kasut baru yang DIHARAPKAN akan banyak menjaringkan gol-gol untuk kroniz pada perlawanan-perlawanan yang akan datang. Kasut yang berjenama Nike Mercurial Stream II ini telah di gunakan oleh Drogba (Chelsea) dan Ronaldo (MU). Dalam iklan kasut ini yang di pakai oleh Ronaldo telah mengalahkan kereta Buggate Verone dalam sprint. Pemain yang akan memakai kasut ini telah berlatih di United Kingdom selama setahun dan akan kembali beraki selepas hari raya nanti. Tunggulah kehadiran nya. Di harap kasut ini akan dapat membawa banyak kejayaan kepada kroniz. Dengan kepantasan yang ditunjukkan dalam iklan tersebut maka kucar kacirlah pertahanan lawan nanti.