Wednesday, 11 August 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Puasa pada bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang keempat yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang telah cukup syarat-syaratnya. Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari. Namun bagi mencapai kesempurnaan berpuasa kita hendaklah juga memelihara telinga, mata, lidah, tangan dan kaki serta anggota badan yang lain dari melakukan segala perbuatan maksiat.


Puasa hanya sah dilakukan jika ia disertai dengan niat berpuasa, waktu berniat puasa Ramadhan itu ialah setelah terbenam matahari dan sebelum terbit fajar sadiq. Jika niat itu dilakukan setelah terbit fajar atau sebaya dengan terbit fajar, maka puasa itu tidak sah.


Manakala lafaz niat puasa ialah : Nawaitu Sauma Ghadin An Ada'i Fardi Ramadhana Hazihis Sanati Lillahi Ta'ala yang ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.


Niat berbuka puasa :

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

No comments: