Monday, 6 July 2009

Kroniz Lwn Flyer FC

3 July 2009 : Kehangatan Wabak H1N1 sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pasukan kroniz. Lebih-lebih lagi kroniz menerima Last minute invitation dari Pasukan Mgt DPMM bagi perlawanan Ulang Semula pada Selasa ini. Kedua-dua nya memberikan kesan yang berbeda. Pemain kroniz terpaksa berhati-hati dalam hal physical contact ini membuatkan mereka terlalu jauh dengan pemain lawan di khuatiri pemain lawan terbersin atau terbatuk semasa melarikan bola. Ini membuatkan pemain lawan mudah berlegar dengan mudah di padang. Walaupun terdapat beberapa physical contact yang keras dilakukan oleh pemain kroniz namun ianya hanya untuk menghabui pihak management sahaja. Ini terbukti apabila K18 membuat sliding tackle yang keras jika terkena kepada pemain lawan, tetapi hakikatnya sliding beliau hanya di tujukan kepada angin-angin yang berlegar dipadang pada waktu itu. Pemain-pemain kroniz juga bagai menyimpan segala kuderat mereka untuk di gunakan pada hari selasa ini, mereka seolah-olah mereka lebih berminat pada perlawanan selasa ini daripada perlawanan hari ini. Walaubagaimana pun Kroniz berjaya mendahului perlawanan sebelum ia berkesduahan seri pada separauh masa pertama 1 - 1. Separuh masa kedua menyaksikan pemain kroniz bagai hilang tumpuan beberapa percubaan tidak dapat disempurnakan walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol. Akhirnya kroniz tersungkur dengan Jaringan 3 - 2. Kroniz gagal meraih penalti apabila K17 di jatuhkan di dalam kawasan D. Jaringan kroniz tercetus daripada Gol Sendiri pihak lawan dan 1 gol dari K17.

No comments: