K17 baru terasa memang sukar untuk menyekat K18K17 dan K11 berebut rebut untuk mendapatkan bola yang hanya seBIJI.
22 Mei 2009 : Di dalam bilik darjah memanglah guru-guru hebat mengajar. Tetapi sebaliknya apabila berada di padang. Kroniz yang bermain dalam keadaan serba tak cukup memulakan perlawanan dengan ketiadaan penjaga gol utama. Tugas mempertahankan gawang terpaksa di ambil alih oleh pemain pertahanan K2. Pemain harapan kroniz K17 pula berkhidmat dengan pasukan lawan, secara automatik K38 ditugaskan untuk menerajui barisan pertahanan. Perlawanan dimulakan dengan ceria, lebih-lebih lagi beberapa pemain masuk kepadang dengan senyum senyum kambing dan ketawa-ketawa kecil entah apa pula yang membuat pemain-pemain kroniz begitu riang dihari ini. Separuh masa pertama perlawanan berlalu begitu simple sahaja, kroniz berjaya mengatur gerakan gerakan cantik tetapi sering tersilap apabila membuat hantaran-hantaran. Sekali lagi barisan tengah di huni oleh pemain-pemain lagenda manakala barisan serangan di ketuai oleh K10. Pada separuh masa kedua pasukan GGB III sering mengasak pasukan kroniz namun beberapa percubaan TERKELUAR dari sasaran. Kalau tidak hasil kecekapan penjaga gol dan barisan pertahanan dapat mematahkan serangan-serangan lawanan ianya pasti BERBIJI-BIJI masuk. K38 yang ditugaskan dibarisan pertahanan bukan saja cekap bertahan malah cekap menyerang pihak lawan. Beberapa minit sebelum perlawanan ditamatkan bagaikan tidak mahu berkongsi mata, pasukan kroniz berlagak seperti mempunyai tahap kecergasan yang tinggi terus mengasak bertubi-tubi pertahanan pihak lawan, walaupun pertahanan lawan yang diterajui oleh pemain berpengalaman kroniz K17, namun beliau bukan berdepan dengan 1 atau 2 org kroniz, akhirnya beliau terpaksa akur apabila K(lupaku) Ak. Yusof berjaya membuat jaringan tunggal sekaligus membawa kemenangan kepada pasukan kroniz. Ada juga desas desus yang menyatakan kroniz sebenarnya mendahului dengan 3 B*** jaringan entah darimana datangnya yang 2 itu masih disangsikan...wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment