Friday, 20 March 2009
Kroniz Amalkan Ajaran Sesat
20 Mac 2009, Padang Soas - Amalan sesat di definisikan sebagai mengamalkan atau mempraktikan perkara yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya dilakukan. Dalam perlawanan ini ada beberapa amalan yang salah dilakukan oleh pemain2 kroniz sehinggalah mebawa padah. Perkara 1. Pemain kroniz lebih gemar membuat pemanasan mulut sebelum perlawanan daripada memanaskan badan. Perkara 2. Pemanasan badan sepatutnya dilakukan 15 minit sebelum perlawanan bukannya 15 ke 20 minit dalam perlawanan. Perkara 3. Pada tahap umur pemain2 kroniz yang hampir mencecah 40 kalau lah boleh pemain kroniz bermain lebih dari 11 orang bukan nya kurang dari 11 orang. Perkara 4. Selepas permainan adalah masa yang berguna untuk membuat post mortem permainan bukannya menilai jenis2 makanan. Berbalik pada perlawanan tersebut ketinggalan 2-0 pada awal 20 minit perlawanan seolah memberi pengajaran untuk kroniz fc. 2 jaringan cantik melalui kroniz 29 (Ak Yusof) telah mengembalikan semangat juang pasukan kroniz. Pada babak kedua Kroniz 14 (Aliuddin) berjaya menambahkan jaringan dengan 2 gol menjadikan jaringan 4-2, K 38 (asri) dan satu lagi jaringan dari lelaki MISTERI (heheh siapa ingat claim ah gol ah nda ku ingat sapa score lagi) menjadikan perlawanan 6-3. Tapi segalanya tidak bertahan lama kroniz menerima asakan demi asakan sehinggakan terpaksa akur kepada pasukan lawan dan disaat wisel ditiupkan kroniz tersungkur dengan jaringan 7-6, tak seperti yang dijangkakan. langit tak semestinya cerah, air yang tenang jangan di sangka tidak dapat mengegarkan dunia, seperti kelambu di di ujung tanduk, buat baik berpada-pada jangan sampai kita yang kalah dan termakan lada, sekian dari Karam Singh Walia TV3 melaporkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment