Monday, 23 February 2009
Awg Semaun Tetap Lagenda
Kroniz yang melayani awg semaun pada ahad lepas gagal meraih kemenangan. Perlawan seimbang pada separuh masa pertama, percubaan-percubaan dari awg semaun banyak digagalkan oleh penjaga gol import kroniz. Namun semaun berjaya mencuri satu gol dengan tendangan lembut. Ternyata kelembutan lebih berbisa di tempat-tempat yang tertentu. Pada separuh mas akedua kroniz berjaya menjaringkan gol melalui tandukan tajam melaui K38 yang mempunyai rambut yang berbisa. Dalam masa separuh masa kedua juga satu tandukan tajam sekali lagi dibuat oleh K18 tetapi kali ini berjaya membantu jaringan ke gawang sendiri. Di akhir perlawanan Kroniz tewas dengan jaringan 5 -1. Gambar2 akan di upload kemudian jika terdapa gambar yang berkenaan dengan perlawanan ini
Wednesday, 18 February 2009
Kecederaan Yang Membawa Padah
16 Feb, Padang Balapan, Kroniz terpaksa akur dengan kehebatan JBS dan terbenam dengan jaringan 5 - 1. Antara faktor penyebab pada malam itu ialah kecedaran beberapa orang pemain kroniz menyebabkan pemilihan pemain begitu terhad. Selain daripada itu, corak permainan yang begitu pantas dari kedua pasukan juga menyusahkan cameraman untuk mengambil gambar. Walaupun tertewas pemain kroniz mampu bermain dengan corak permainan yang cantik malah berbagai-bagai corak yang di pamerkan. Gol kroniz adalah hasil dari tandangan tajam dari K31 (metusin) yang mebuat rembatan dari jarak 43.027 meter dengan kelajuan 100 mph. Tidak banyak yang perlu di perkatakan bagi perlawanan malam itu, diharap perlawanan malam itu akan membuatkan kroniz lebih berhati-hati pada perlawanan yang akan datang. Apa-apa pun tahniah untuk kroniz.

Corak permainan yang begitu pantas, mengatasi kelajuan shutter speed camera

Minuman pemain kroniz disediakan berdekatan dengan padang

Corak permainan yang begitu pantas, mengatasi kelajuan shutter speed camera

Minuman pemain kroniz disediakan berdekatan dengan padang
Sunday, 15 February 2009
Doom Futsal game.
15th Feb.Bolkiah kem - Sekumpulan kecil budak2 kroniz telah mengadakan perlawanan futsal bagi membuat persiapan dari segi fitness menjelang perlawan di belapan padang melawan JBS esuk malam. Perlawan berkesudahan inda pasti psal cara pengiraan jaringan yang pelik2 sepanjang perlawanan. Persiapan fitness yang di harapakan telah bertukar dengan kecederaan pada hampir kesemua pemain yang hadir. Di khuatiri ianya akan menjejaskan mutu permainan dan pemain tidak menyerlah pada esuk malam seperti yang di harapkan.
Lapuran Kecederaan:
K2- lukus pada lutut kiri
Rosli - Tepulas ankle 2x
K4- Tehampap pada simin
K9- Ampus and sanak memanjang
K21-cedera lutut
Kucang- kecederaan pada mata.
k10- sakit hati arah c kucang and inda pandai mengira jaringan(kira sakit jua 2)
K30-ampit tejungkang tapi OK
K29 n K17 alhamdulilah terselamat!!..
Post match gathering: Usop cafe, serusop.
15th Feb.Bolkiah kem - Sekumpulan kecil budak2 kroniz telah mengadakan perlawanan futsal bagi membuat persiapan dari segi fitness menjelang perlawan di belapan padang melawan JBS esuk malam. Perlawan berkesudahan inda pasti psal cara pengiraan jaringan yang pelik2 sepanjang perlawanan. Persiapan fitness yang di harapakan telah bertukar dengan kecederaan pada hampir kesemua pemain yang hadir. Di khuatiri ianya akan menjejaskan mutu permainan dan pemain tidak menyerlah pada esuk malam seperti yang di harapkan.
Lapuran Kecederaan:
K2- lukus pada lutut kiri
Rosli - Tepulas ankle 2x
K4- Tehampap pada simin
K9- Ampus and sanak memanjang
K21-cedera lutut
Kucang- kecederaan pada mata.
k10- sakit hati arah c kucang and inda pandai mengira jaringan(kira sakit jua 2)
K30-ampit tejungkang tapi OK
K29 n K17 alhamdulilah terselamat!!..
Post match gathering: Usop cafe, serusop.
Posted by: K30
Tuesday, 10 February 2009
Chilli Kroniz lebih Pedas Dari Wasabi
8 Feb Padang balapan - Pertemuan antara kroniz dan wasabi bukan lah sesuatu yang baru. Pasukan ini telah pun berjumpa dalam beberapa siri perlawanan yang lepas. Dalam perlawanan baru-baru ini wasabi yang meninggalkan kroniz 2 - 0 pada ba bak pertama ternyata tidak memberikan sebarang tekanan kepada pasukan kroniz. Permainan seimbang pada babak pertama tidak menyebelahi nasib pasukan kroniz itu, walaupun kelihatan pasukan kroniz menunjukan gerakan2 yang menarik namun gagal membuahkan sebarang hasil, kerana mereka bermain mengunakan bola bukan nya buah. Jika perlawana n pada hari itu di rakamkan dan di mainkan secara fast forward seten tunya ianya saling tak tumpah seperti perlawanan di liga premiere English. Berbalik kepada perlawanan, pada separuh masa kedua kroniz bertindak lebih ga rang lagi dan akhirnya berjaya mebolosi gawang wasabi dengan serang bertubi-tubi. Hasil serangan tersebut kroniz berjaya mendahului melalu jaringan hatrick Alinordi (K17) sementara itu Arch berjaya menmbahkan keselesaan kroniz dengan satu jaringan. Wasabi cuba merapatkan jurang tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 4 - 3.
Pada hari itu kedua pasukan menurunkan pemain2 yang bepengalaman, perlawanan pada hari itu seperti perlawanan pasukan lagenda Manchester Utd dan Liverpool.

Pada hari itu kedua pasukan menurunkan pemain2 yang bepengalaman, perlawanan pada hari itu seperti perlawanan pasukan lagenda Manchester Utd dan Liverpool.

Team apa pula ni? asta salah posting - heheh fighting eagle..jgn balikan baju team ah..
K18
Friday, 30 January 2009
SMJA Nite Match Vs MOE
Bermain pada cuaca hujan dan di permukaan padang tiruan SMJA bukan lah mudah tetapi ianya tidak menghalang pemain-pemain kroniz untuk menyasuaikan diri untuk bermain hebat. MOE rata-rata di barisi oleh pemain muda belia dan manakala pasukan kroniz rata-rata di barisi oleh pemain di peringkat beliau yang inda sadar diri. Di babak awal perlawanan, pihak lawan banyak membuat serangan bertubi2 dan berjaya membuat jaringan awal. keadaan ini telah membuat pengurusan kroniz melatah dan melontarkan kata nista seperti 'kayu'dan sebagainya. Tersentak dgn goal lawan pemain kroniz lalu bangkit dan menjaringkan beberapa goal melalui striker yg di sponsor oleh minyak rambut zam-zam. kroniz 4 juga hampir2 menjaring goal tetapi terlepas peluang di sebabkan lungar kuda-kuda. Di separuh masa kedua perlawan semakin hebat, kedua2 pasukan bersemangat untuk cuba mengatasi di antara satu sama lain dengan berbagai strategi.Pasukan lwn cuba mengunakan psychologi seperti main acah-acah memegang bola akibatnya K18 dan pemain kroniz lain naik angin dan datang niat jahat untuk menganakan 'anak penyuluru atu'. Ada juga insiden2 kotor berlaku tetapi pengadil berjaya mengawal keadaan.Pada akhir perlawan pengadil memberikan kemenangan kepada pasukan kronizfc 6-5 tetapi mengubah keputusan setelah kiran goal di buat menjadikan keputusan 5-5. Tahniah kepada semua barisan pemain kroniz yg berhempas pulas hadir dan bermain pada malam itu.
Post match menu:Pari salai,Ikan goreng manggo, Nasi ayam penyet, Gulai kankong sambal belacan, bakso, aing piasau dan sebagainya. Additional Calorie selepas perlawanan 2000cal/head.Hee..he..tangung sendiri.
K30
Antara aksi-aksi perlawanan.
Pemain berbicang mengenai apakan di ajar esuk sebelum perlawanan di mulakan!!
Post match menu:Pari salai,Ikan goreng manggo, Nasi ayam penyet, Gulai kankong sambal belacan, bakso, aing piasau dan sebagainya. Additional Calorie selepas perlawanan 2000cal/head.Hee..he..tangung sendiri.
K30
Antara aksi-aksi perlawanan.
Monday, 26 January 2009
Kroniz Gala Nite
Pada 24hb lepas Kroniz gala nite telah dilaksanakan dengan jayanya bersama jaya band. Walaupun malam itu hujan turun dengan lebatnya namun tidak menjejaskan persembahan malam itu kerana ianya diadakan di dalam dewan. Acara malam itu diserikan dengan persembahan dari Jaya Band dan juga persembahan dari penyanyi penyanyi dari kroniz management dan pemain-pemain kroniz. Acara yang di MC kan oleh bebatup dan K18 berjalan dengan lancar. Acara yang paling hebat ialah Acara Battle of the Band yang telah berjaya memecahkan perut para penonton. 3 Band telah berentap pada mealam itu, Ad-Hoc Band, Band Kayu, dan The Sardines. Ketiga-tiga Band mempersembahkan persembahan yang hebat walaupun memakan masa yang lama untuk menyesuaikan keadaan. Kita ucapkan tahniah kepada penganjur dan juga ucapan terima kasih kepada penaja kita ALIMEN ENT. Juga tidak lupa kepada Band Undangan yang dan juga para kerabat kroniz yang hadir pada malam itu. Insyallah jika ada rezeki dan kesempatan Gathering ini akan diteruskan di masa-masa akan datang kalau pun tidak dapat seminggu sekali, setahun sekali pun sudah memadai. Pihak management akan mengusahakan untuk mengumpulkan gambar-gambar pada malam itu untuk di agih2kah kepada ahli2 kroniz, insyaallah.






Sekilas Fakta mengenai kroniz
Kroniz telah pun berumur 13 tahun, bermain melebih 500 perlawanan dengan average 40 perlawanan setahun. Ini tidak termasuk perlawanan peringkat antarabangsa.
Sebelum Nama kroniz pasukan ini di panggil pasukan milo kerna jersey hijau mereka. Kemudian dikenali sebagai carrot fc.
Nama kroniz tercetus daripada issue Mahathir dan Anwar Ibrahim, ada dua perkataan yang hebat dalam issue itu, chronies dan Sodomi, tetapi jawatan kuasa ad-hoc pada masa itu dengan bijaksana telah memilih chronies dan diubah suai ejaan menjadi Kroniz. Pengubahsuaian ejaan ini adalah perkara lumrah..contohnya Night menjadi Nite..Berbatov menjadi bebatup dsb..
K18
Subscribe to:
Posts (Atom)








