Friday 26 December 2008

Pemain Import Kroniz FC

Diberitakan pemain di bawah ini berminat untuk bermain dengan kelab kroniz pada tahun 2040. Pemain FIFA 2008 ini semasa berbincang dengan pro team kroniz telah bersetuju dengan tawaran yang di buat. Namun pro team telah menetapkan beberapa syarat khas bagi pemain tersebut meyarung jersi kroniz. pemain ini hanya akan bermain dengan kroniz sekiranya prestasi pemain ini memuaskan hati pro team semasa ujian yang akan dijalankan nanti. Kontrak dan pembayaran hanya akan dibayar mengikut prestasi dan gol yang dijaringkan. pro team kini sedang mengumpul dana melalui sms bagi membeli tiket kapal laut mendatangkan pemain tersebut ke Brunei.  pro team juga memaklumkan bahawa beberapa orang lagi pemain ternama telah pun bersetuju untuk bermain dengan kroniz sebagai squad pelapis dan seteruskan mengantikan pemain yang sedia ada di masa akan datang. Sekian

Kroniz FC Vs RBA

Isu daftar mendaftar tidak menjejaskan kelab kroniz, ini telah di sahkan oleh salah seorang wakil dari pengurusan team ini dalam sidang akhbar majalah Bolamania. Untuk pengetahuan ramai, kesemua pemain kroniz telah pun berdaftar di Jabatan Imigresin dan Pendaftaran kebangsaan. Hal ini telah disahkan oleh Awg. Ahmaddin selaku wakil dari Jabatan tersebut.

Berbalik kepada perlawanan terakhir Kroniz, perlawanan menentang RBA begitu hebat. Walaupun ketinggalan 3-0, namun pemain-pemain kroniz dapat bangkit untuk menyaingi pasukan lawan, namun gagal untuk menjaringkan sebarang gol, cuma mampu menyaingi sahaja.

Pada separuh masa kedua pasukan kroniz menguasai permainan di dalam dan juga di luar padang. Namun kelebihan bermain ditempat sendiri memberikan bonus untuk RBA menjaringkan lagi satu gol dan sekaligus memenangi perlawanan tersebut.

Di luar waktu perlawanan salah seorang pemain kroniz telah di berikan hadiah bukan kerana mutu permainan atau pengurusan beliau. Hadiah penghargaan ini adalah bagi Kroniz 2 yang telah berjaya mengakhiri zaman bujang beliau setelah sekian lama ..............oh...tidak lupa diucapkan tahniah juga kepada kroniz 4 yang telah tamat pengajian beliau dan selamat kembali ke arena bolasepak kroniz.

Tahniah sekali lagi kepada kesemua pemain dan pihak pengurusan kroniz yang selama ini telah mampu bertahan selama 13 Tahun dan diharap pasukan ini akan terus kekal dan semakin bertambah, meningkat, maju, dan apa-apa yang positif lah.

Akhir kata selamat Tahun baru Hijrah dan tahun baru masehi.

Antara aksi-aksi menarik semasa warming up


Kroniz 4 mula beraksi dipadang tempatan


Kroniz 14 berkerja keras untuk kekal dalam kontrek Kroniz Fc


Arch terpaksa dijatuhkan oleh pemain berkasut kuning untuk mengawal kelincahan beliau


tendangan percuma Hairol nyaris menjaringkan cuma tersasar beberapa meter sahaja

Kroniz 18

Wednesday 24 December 2008

END OF YEAR GAME

SALAM

End of year game akan di adakan pada hari Jumaat, 26hb Disember 2008 bertempat di Padang RBA.

Kroniz FC akan berlawan dengan RBA Crew FC.

Perlawanan ini merupakan perlawanan penutup bagi Musim 2007/2008.

Musim baru 2009 insya Allah akan bermula pada Januari 2009 tertakluk pada padang.

Di harap pemain pemain yang berada di dalam negeri supaya dapat hadir di perlawanan tersebut.

Sebelum nya harap maaf pada semua kerana tidak dapat merealisasikan End of Year Gathering yang pada mulanya di usulkan pada 20hb Disember yang lepas.Insya Allah jika tidak ada bantahan akan mengadakan gathering tersebut Januari 2009.Tarikh dan Tempat akan di bincangkan kemudian.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selama Hari Natal, Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi kepada semua.
Di doakan semua sihat walafiat dan di murah kan rezeki di tahun akan datang. Dan bagi Kroniz FC semoga terus maju dan sejahtera selalu.

Wassalam

Saturday 20 December 2008

Something crap

Who will win 100m freestyle between a swimmer with both arms short or a swimmer with one arm short and the other long?hmmmmm

posted by me

Friday 19 December 2008

Game lapas hari natal

Mengikut SMS yang telah dipasingkan oleh manager, satu perlawanan akan dijalankan pada 26hb December ini. 

Menurut peringatan saya oleh kerna SMS saya udah didelete mungkin akan berlawan di RBA...

so datang beramai sempena game Hari Boxing.. 

sekian disampaikan

KroniZ19

Hello..hello...hello

Masa ku type hello i can see the echo.., faham kah...meaning our blog tiba2 saja jadi sunyi. Where is everybody? Just to refresh your memory, sila lihat gambar di bawah ini.


Alhamdulillah kalau ada masih yang kenal apa benda dalam gambar di atas.

Masa cuti ani i think masing2 enjoy their cuti, ada yang vacation kali, ada yang nda cuti jua, ada yang tidur makan dan ada jua yang berjinak2 jinak dengan tasek lama. Anyway selamat bercuti dan menyambut tahun baru, kalau ada rancangan untuk akhir tahun silakan buat perancangan New year is coming soon , if nada masa pun we can celebrate belated new year ada kah tu pernah kena buat. So sapa2 ada cerita kan d share feel free to post di sini sekuarang-kurangnya mendengar jua khabar, sama ada still breathing or not, For me, im not taking any leave this month, SPN 21 is just around the corner, ready to Kick off iatah busy jua, kalau nda pun aku buat2 busy jua. Sapa2 ada perancangan post saja d sini, Insyallah kalau dapat dilaksanakan, kitani laksanakan. Bah atu tah saja kan d share, saja nda gatal hati meliat wah last post atu 1 dec bah.

Kroniz 18

Monday 1 December 2008

Keputusan perlawanan
Di antara Kronizfc 4 Vs Unit kenderaan MOE 3


Ulasan perlawanan.
Perlawanan ini dicemari oleh kesilapan demi kesilapan namun dengan kecekalan pemain kroniz kemenangan mutlak dicapai oleh kroniz. pasukan lawan berusaha untuk menyamakan kedudukan namun kehandalan tiang gol telah dapat menyelamatkan pasukan kroniz. Penjaring gol-gol kroniz ialah reza (2 gol), Alinordi (1) dab pehin (1). Pada separuh masa pertama pasukan kroniz telah mendahului 4-1 dan boleh lagi menambah gol namum kerana kasihankan pasukan lawan maka beberapa peluang gol disia-siakan. Pelawanan ini mengajar kita bahawa langit itu masih tinggi dan perlulah menjejak kaki di bumi. Sekian laporan dari Daan Forees cafe.







Di antara aksi hebat pemain kroniz semasa perlawanan........dlm sidang akhbar baru baru ini pemain ini menyatakan, dia perlukan masa yang panjang untuk pulih semula dari food shock syndrome, syndrome yg selalu menyerang pemain-pemain kroniz yang baru balik dari dipinjamkan ke pasukan luar Negara.
Aksi seorang pemain ahir datang....
Isu botol berselerakan masih menjadi isu utama.
seorang pemain membuat warming up semasa perlawanan hampir tamat.
Antara strategi perlawanan ialah meruding refree semasa rehat...